Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung dan LG akan membekalkan panel LTPO 120Hz bagi iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max

Khabar angin mengenai panel skrin yang akan digunakan oleh model Apple iPhone 2021 bukanya baru namun setiap laporan memberikan kita satu petunjuk konsisten bahawa apa yang dilaporkan ini ada kebenaranya.

Apple telah dikatakan memilih untuk menggunakan panel LTPO pada iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max dan laporan terbaru daripada DigiTimes mendakwa Samsung dan LG akan membekalkan panel skrin ini.

Ketika ini, kedua-dua syarikat dilaporkan didalam proses kilang pengeluaran panel iPhone mereka kepada LTPO.

Walaubagaimanapun, laporan The Elec pada awal tahun ini mendakwa Samsung Display telah bersedia untuk membekalkan panel baharu ini dan LG hanya akan mula membekalkan panel pada tahun 2022. Jika laporan baharu ini tepat, Apple akan mempunyai dua pembekal panel skrin yang merupakan kebiasaan bagi syarikat Cupertion ini.

Dalam pada itu, iPhone 13 dan iPhone 13 mini pula akan kekal menggunakan panel skrin LTPS OLED yang dibekalkan oleh LG dan BOE.

Walaubagaimanapun pada tahun 2022, kita mungkin menyaksikan Apple menggunakan panel LTPO pada kesemua model iPhone (kecuali iPhone SE).

Akhir sekali, menurut penganalisa Apple, syarikat ini akan memperkenalkan siri Apple iPhone 13 pada bulan September iaitu bulan pelancaran biasa namun jika terdapat sebarang kelewatan, Apple mungkin melancarkanya pada Oktober 2021.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.