Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple Store pertama di Malaysia mungkin dibuka di The Exchange TRX pada 2022


Apple dilaporkan mungkin membuka Apple store rasmi mereka yang pertama di Malaysia menjelang tahun 2022 di The Exchange TRX.

Menurut sumber, wakil Apple Retail Store telah mengunjungi Malaysia untuk mengadakan rundingan dengan pengurusan The Exchange TRX dan perbincangan dikatakan berada pada fasa terakhir.

Walaubagaimanapun, The Edge Malaysia juga melaporkan bahawa pengurusan The Exchange TRX masih perlu menyakinkan pihak Apple untuk membuka stor pertama mereka di Malaysia.

Jika menjadi kenyataan, Malaysia akan menjadi negara ketiga di Asia Tenggara untuk mempunyai stor rasmi Apple selepas Singapura dan Thailand.

Singapura mempunyai tiga stor rasmi Apple iaitu di Orchard Road, Jewel Changi dan Marina Bay Sands manakala di Thailand, ianya terletak di Iconsiam dan Central World.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.