Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Nokia X20 dan Nokia X10 dilancarkan secara rasmi dengan Snapdragon 480G 5G

Nokia X20 dan Nokia X10 dilancarkan secara rasmi dengan Snapdragon 480G 5G 1

Nokia X20 dan Nokia X10 dilancarkan secara rasmi dengan Snapdragon 480G 5G 2
HMD Global secara rasminya telah memperkenalkan dua telefon pintar didalam siri Nokia X yang baharu dan syarikat ini menjanjikan sokongan selepas pembelian penuh untuk tempoh 3 tahun iaitu 3 tahun kemaskini keselamatan dan sistem operasi serta jaminan waranti juga selama tiga tahun.

Selain itu, sebagai inisiatif hijau HMD Global, Nokia X10 dan Nokia X20 juga disertakan dengan case yang 100% boleh di kompos (kitar semula).

Nokia X10 dan Nokia X20 berkongsi kebanyakkan spesifikasi dimana ianya hadir dengan skrin papara LCD berukuran 6.67-inci dengan resolusi FHD+ namun kadar segar semula ada standard pada kadar 60Hz.

Nokia X20 dan Nokia X10 dilancarkan secara rasmi dengan Snapdragon 480G 5G 3

Selain itu, kedua-dua Nokia X ini juga hadir dengan pemproses Snapdragon 480 5G yang memiliki GPU Adreno 619, bateri berkapasiti 4,470mAh dengan sokongan pengecasan pantas 18W.

Bercakap mengenai adapter pengecasan, Nokia X20 mungkin akan ditawarkan dengan adapter dalam kotak yang bergantung kepada pasaran manakala Nokia X10 hanya akan hadir dengan kabel USB-C sahaja.

Beralih kepada konfigurasi RAM dan storan dalaman, Nokia X20 akan ditawarkan didalam dua varian iaitu 6GB/128GB dan 8GB/128GB manakala Nokia X10 pula tampil dengan tiga varian iaitu 4GB/128GB, 6GB/64GB dan 6/128GB.

Beralih kepada bahagian kamera yang merupakan salah satu perbezaan ketara antara dua telefon pintar, Nokia X20 menampilkan sensor utama 64MP dengan ZEISS optic, sensor ultrawide 5MP, sensor depth 2MP dan sensor makro 2MP serta sensor kamera selfie pada resolusi 32MP.

Beralih kepada kamera Nokia X10 pula, ianya menampilkan sensor utama 48MP yang masih menggunakan ZEISS optic manakala sensor yang lain digunakan pada X10 adalah sama seperti pada Nokia X20 kecuali sensor selfie yang kini hanya 8MP.

Kedua Nokia X20 dan Nokia X10 juga mempunyai sokongan 5G (dual-SIM hibrid), pWi-Fi 5, Bluetooth 5.0 dengan aptX HD/Adaptive dan NFC.

Nokia X20 dan Nokia X10 juga hadir dengan Android 11 dan sensor capjari sisi.

Nokia X20 akan memasuki pasaran global pada bulan Mei 2021 dengan harga yang bermula dari €350 (RM 1,742) dan ianya akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Midnight Sun dan Nordic Blue.

Nokia X10 pula akan memasuki pasaran pada bulan Jun 2021 pada harga €310 (RM 1,527) juga didalam dua pilihan warna iaitu Forest and Snow.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.