Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple iPhone 13 Pro Max dan iPhone 13 Pro mungkin ditawarkan dalam warna Matte Black

Apple iPhone 13 Pro Max dan iPhone 13 Pro mungkin ditawarkan dalam warna Matte Black 1

Apple iPhone 13 Pro Max dan iPhone 13 Pro mungkin ditawarkan dalam warna Matte Black 2
Pelancaran Apple iPhone 2021 adalah sekitar 5 bulan lagi dan semakin kita hampir kepada pelancaran, lebih baik banyak khabar angin mengenai telefon pintar ini mula kedengaran.

Kali ini, terdapat laporan bahawa Apple akan memperkenalkan beberapa perubahan pada reka bentuk, warna dan ciri kamera.

Menurut Max Weinbach yang merupakan leaker terkenal (melalui EverythingApplePro) berkata Apple iPhone 13 akan hadir didalam warna matte black iaitu bagi iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max.

Selain itu, generasi baharu iPhone ini juga akan hadir dengan salutan anti capjari pada rangka keluli tahan karat dan reka bentuk kamera yang sedikit berlainan.

Warna matte black pada iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max sudah pastinya mendapat sambutan yang hangat seperti Samsung Galaxy S21 Ultra Phantom Black.

Selain itu, modul kamera pada iPhone 13 ini dijangka akan mempunyai satu panel gelas yang melindungi kamera manakala sistem LiDAR pada generasi baharu juga akan digunakan untuk mod potrait.

Akhir sekali, Apple iPhone 13 dijangka akan hadir dengan skrin paparan ProMotion 120Hz, pengecasan MagSafe yang lebih kuat, mod kamera astrofotografi dan rakaman potrait video.

Sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.