OnePlus Watch kini rasmi dengan skrin OLED dan 2 minggu jangka hayat bateri
Selain OnePlus 9 Pro dan OnePlus 9, jam pintar pertama OnePlus yang telah lama dinantikan juga telah dilancarkan secara rasmi dan ianya dikenali sebagai OnePlus Watch.
OnePlus Watch hadir dengan reka bentuk rangka keluli tahan karat yang menempatkan skrin paparan OLED berukuran 1.39-inci dengan kepadatan piksel 326ppi dan terdapat juga lapisan gelas sapphire untuk perlindungan tambahan.
OnePlus Watch tampil didalam satu saiz iaitu 46mm dan ianya terdiri daripada dua butang untuk navigasi.
Selain itu, fungsi kecergasan yang ditawarkan OnePlus Watch juga setanding jam pintar lain dipasaran iaitu lebih dari 110 aktiviti dan ianya juga mempunyai pensijilan air 5ATM + IP68.
Lain-lain ciri pengawasan adalah sensor heart rate, bacaan SpO2, perekod tidur dan tekanan.
Dari segi perhubungan, OnePlus Watch menawarkan Wi-Fi terbina, Bluetooth, GPS, sistem operasi RTOS dengan OnePlus Watch OS, 1GB RAM dan 4GB storan dalaman.
OnePlus Watch juga menawarkan fungsi seperti melihat dan membalas notifikasi, menjawab panggilan dan mengawal permainan muzik.
Beralih kepada bateri, OnePlus Watch menampilkan jangka hayat bateri sehingga 2 minggu yang disertakan dengan pengecasan Warp Charge yang menjanjikan hampir satu minggu pengunaan dengan 20 minit pengecasan sahaja.
OnePlus Watch akan ditawarkan didalam dua pilihan warna iaitu silver dan black pada harga $159 (RM 655).