Xiaomi Mi 10S dengan cipset Snapdragon 870 dan sensor 108MP akan dilancarkan 10 Mac ini
Walaupun telah melancarkan Xiaomi Mi 11 baru-baru ini, Xiaomi dilihat masih belum menutup tirai pelancaran bagi keluarga Xiaomi Mi 10.
Xiaomi secara rasminya telah mengesahkan bahawa Mi 10S akan dilancarkan pada 10 Mac ini dan seperti biasa akan ditawarkan dipasaran China terlebih dahulu.
Xiaomi Mi 10S akan memiliki sensor utama 108MP dengan tiga sensor sampingan iaitu sensor ultrawide, sensor makro dan sensor depth selain lampu flash LED.
Pada bahagian hadapan pula, Xiaomi Mi 10S dijangka akan hadir dengan skrin paparan AMOLED yang memiliki sensor capjari terbina pada bahagian dalam dan kamera selfie punch-hole.
Selain itu, Xiaomi Mi 10S dijangka akan tampil dengan cipset Snapdragon 870 dan bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan pantas 33W.
Segala teka-teki mengenai Xiaomi Mi 10S akan terjawab didalam masa 2 hari sahaja lagi.