Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Vivo Y31 kini ditawarkan di Malaysia dengan harga penjualan RM 999

Vivo Y31 kini ditawarkan di Malaysia dengan harga penjualan RM 999 1

Vivo Y31 kini ditawarkan di Malaysia dengan harga penjualan RM 999 2
Vivo secara rasminya telah melancarkan vivo Y31 ke pasaran Malaysia dengan harga penjualan RM 999 sahaja.

Vivo Y31 kini ditawarkan di Malaysia dengan harga penjualan RM 999 3

Vivo Y31 hadir dengan skrin paparan IPS LCD Halo FullView berukuran 6.85-inci dengan resolusi FHD+, pemproses Snapdragon 662, 8GB RAM dan 128GB storan dalaman.

Vivo Y31 kini ditawarkan di Malaysia dengan harga penjualan RM 999 4

Selain itu, Vivo Y31 juga hadir dengan tetapan tri-kamera yang terdiri daripada sensor utama 48MP, sensor bokeh dan sensor makro (keduanya mungkin pada resolusi 2MP) manakala kamera selfie adalah 8MP.

Vivo Y31 juga disertakan dengan bateri berkapasiti 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 18W (0-100% dalam 64 minit), sensor capjari pada sisi dan antaramuka Funtouch OS 11 yang berasaskan Android 11.

Vivo Y31 ini hadir didalam dua kemasan warna iaitu Dazzling Black dan Ocean Blue.

Vivo Y31 kini ditawarkan pada harga RM 999 dan anda boleh mendapatkanya di Vivo Malaysia E-store, dan stor rasmi Vivo Malaysia di Shopee and Lazada.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.