Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Siri Xiaomi Redmi Note 10 akan hadir dengan skrin paparan Super AMOLED – pelancaran rasmi esok

Siri Xiaomi Redmi Note 10 akan hadir dengan skrin paparan Super AMOLED - pelancaran rasmi esok 3
Selepas hebat diperkatakan, naib presiden global Xiaomi, Manu Kumar mengesahkan bahawa siri Xiaomi Redmi Note 10 akan hadir dengan panel skrin paparan Super AMOLED.

Walaupun pengesahan ini adalah sesuatu yang menarik perhatian pengguna, masih belum dipastikan samada kesemua model didalam keluarga Redmi Note 10 ini akan menggunapakai panel skrin Super AMOLED atau tidak.

Walaubagaimanapun ini merupakan kali pertama Siri Redmi Note menggunakan skrin paparan Super AMOLED.

Dalam pada itu, pelancaran rasmi Siri Redmi Note 10 ini akan berlangsung esok dan ianya dijangka akan hadir dengan pemproses Snapdragon 678 pada Redmi Note 10 dan Snapdragon 750G pada Redmi Note 10 Pro dan Redmi Note 10 Pro Max.

Anda boleh menyaksikan pelancaran rasmi siri Redmi Note 10 di Facebook Xiaomi Malaysia pada jam 8 malam esok.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.