Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Siri Redmi K40 kini rasmi – skrin E4 AMOLED 120Hz, cipset flagship Snapdragon 888 & sensor utama 108MP

Siri Redmi K40 kini rasmi - skrin E4 AMOLED 120Hz, cipset flagship Snapdragon 888 & sensor utama 108MP 1

Siri Redmi K40 kini rasmi - skrin E4 AMOLED 120Hz, cipset flagship Snapdragon 888 & sensor utama 108MP 2
Sementara Xiaomi Malaysia memperkenalkan Mi 11 ke pasaran Malaysia, syarikat ini juga telah memperkenalkan telefon pintar flagship terbaru Redmi iaitu Siri Redmi K40.

Redmi K40 hadir didalam tiga model iaitu Redmi K40, Redmi K40 Pro dan Redmi K40 Pro+ yang menampilkan skrin paparan AMOLED 120Hz dan kadar pensampelan skrin 360Hz.

Bercakap mengenai cip pemprosesan, kesemua ahli didalam siri Redmi K40 ini menggunakan cipset siri Snapdragon 800 namun hanya K40 Pro dan K40 Pro tampil dengan Snapdragon 888 manakala K40 disertakan dengan cip Snapdragon 870.

Beralih kepada bahagian kamera, Redmi K40 Pro+ menampilkan sensor utama 108MP manakala Redmi K40 Pro menerima sensor 64MP diikuti Redmi K40 dengan sensor utama 48MP.

Siri Redmi K40 kini rasmi - skrin E4 AMOLED 120Hz, cipset flagship Snapdragon 888 & sensor utama 108MP 3

Skrin paparan yang digunakan pada siri Redmi K40 ini adalah jenis Samsung E4 AMOLED berukuran 6.67-inci dengan resolusi FHD+ dan skrin ini juga mempunyai sokongan DCI-P3 serta HDR10+.

Bahagian bateri Siri K40 Pro ini juga sama, iaitu bateri 4,520mAh yang disertakan dengan pengecasan pantas 33W melalui USB-C (

USB Power Delivery 3.0 dan QuickCharge 3.0+) yang mampu mencapai pengecasan 0-100% dalam masa 52 minit.

Akhir sekali, Siri Redmi K40 ini juga mempunyai pensijilan habuk dan air IP53, sensor capjari pada butang kuasa dan lapisan Corning Gorilla Glass 5 pada skrin.

Siri Redmi K40 kini rasmi - skrin E4 AMOLED 120Hz, cipset flagship Snapdragon 888 & sensor utama 108MP 4

Berikut adalah spesifikasi Redmi K40 Pro+ :

  • Snapdragon 888
  • 12GB RAM LPDRR5 + 256GB storan dalama UFS 3.1
  • Sensor utama 108MP ISOCELL HM2 + 8MP ultrawide-angle + 5MP telefoto
  • Kamera selfie 20MP
  • Wi-Fi 6E + Bluetooth 5.2
  • Harga : CNY 3,699 (RM 2,314)

Berikut adalah spesifikasi Redmi K40 Pro :

  • Snapdragon 888
  • 6/8GB RAM LPDRR5 + 128/256GB storan dalaman UFS 3.1
  • Sensor utama 64MP + 8MP ultrawide-angle + 5MP telefoto
  • Kamera selfie 20MP
  • Wi-Fi 6E + Bluetooth 5.2
  • Harga : 6/128GB – CNY 2,799, 8/128GB – CNY 2,999 & 8/256GB – CNY 3,199 (RM 1,751 – RM 2,002)

Siri Redmi K40 kini rasmi - skrin E4 AMOLED 120Hz, cipset flagship Snapdragon 888 & sensor utama 108MP 5

Berikut adalah spesifikasi Redmi K40

  • Snapdragon 870
  • 6/8/12GB RAM LPDDR5 + 128/256GB storan dalaman UFS 3.1
  • Sensor utama 48MP Sony IMX582 + 8MP ultrawide-angle + 5MP telefoto
  • Kamera selfie 20MP
  • Wi-Fi 6 + Bluetooth 5.1
  • Harga : 6/128GB – CNY 1,999, 8/128GB – CNY 2,199, 8/256GB – CNY 2,499, 12/256GB Special Edition – CNY 2,499 (RM 1,251 – 1,563).

Siri Redmi K40 kini rasmi - skrin E4 AMOLED 120Hz, cipset flagship Snapdragon 888 & sensor utama 108MP 6 Siri Redmi K40 kini rasmi - skrin E4 AMOLED 120Hz, cipset flagship Snapdragon 888 & sensor utama 108MP 7 Siri Redmi K40 kini rasmi - skrin E4 AMOLED 120Hz, cipset flagship Snapdragon 888 & sensor utama 108MP 8

Siri Redmi K40 ini hadir didalam tiga pilihan warna iaitu Bright Black, Dreamland dan Sunny Snow.

Buat masa ini, status pelancaran siri Redmi K40 ke pasaran antarabangsa masih belum diketahui.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.