Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Vacuum Cleaner Mi G10, Mi Ionic Hair Dryer H300 dan Kamera Keselamatan 360º Mi 2K kini di Malaysia pada harga dari RM 129 sahaja

Xiaomi Vacuum Cleaner Mi G10, Mi Ionic Hair Dryer H300 dan Kamera Keselamatan 360º Mi 2K kini di Malaysia pada harga dari RM 129 sahaja 5
Selain Xiaomi Mi 11, Xiaomi Malaysia juga telah mengumumkan penawaran tiga produk ekosistem baharu ke pasaran tempatan iaitu– Penyedut Habuk Mi G10, Pengering Rambut Mi Ionic H300 dan Kamera Keselamatan Rumah 360º Mi 2K

Penyedut Habuk Mi G10

Xiaomi Vacuum Cleaner Mi G10, Mi Ionic Hair Dryer H300 dan Kamera Keselamatan 360º Mi 2K kini di Malaysia pada harga dari RM 129 sahaja 6

Penyedut Habuk Mi G10 serba baharu ini adalah mesin pembersih berkuasa yang menampilkan motor digital  yang berputar pada kelajuan 125,000rmp, menghasilkan daya sedutan udara maksimum 150 watt  (25% lebih banyak daripada generasi sebelum ini) dengan penapis HEPA yang mencatat 99.97% kadar penapisan keseluruhan.

Ia dilengkapi dengan skrin TFT – untuk mempaparkan status mod , status pengecasan bateri, pilihan bahasa dan ciri piawai – untuk paparan yang lebih terang, jelas dan tepat untuk pengalaman pembersihan anda.

Selain itu, Penyedut Habuk Mi G10 juga dilengkapi pengisian dok di dinding dengan bateri yang boleh ditanggal (sehingga 65 minit pada mod eko), tork pintar, dan tong penyimpanan sampah 0.6L boleh tanggal.

Penyedut Habuk Mi G10 akan ditawarkan di Malaysia mulai 26 Mac dengan harga penjualan RM 1,099 dan boleh ianya boleh didapati di kedai rasmi Xiaomi di Lazada dan Shopee serta di Mi Store dan kedai-kedai rasmi lain di Malaysia.

Pengering Rambut Mi Ionic H300

Pengering Rambut Mi Ionic H300 adalah pengering rambut kecil dan ringan yang senang digunakan ketika di dalam perjalanan. Ia dilengkapi kelajuan udara dengan kekuatan 20m/s untuk pengeringan lebih cepat dan 7-sayap bilah udara.

Pengering Rambut Mi Ionic H300 menawarkan perlindungan anion (50 juta anion) untuk melindungi kutikula rambut dan meneutralkan rambut statik, dan dilengkapi dengan teknologi kawalan suhu 57ºC.

Pengering Rambut Mi Ionic H300 yang akan ditawarkan mulai 13 Mac pada harga RM129 dan akan tersedia di kedai rasmi Xiaomi di Lazada dan Shopee ,Mi Stores dan kedai-kedai rasmi lain di Malaysia.

Kamera Keselamatan Rumah 360º Mi 2K