realme umumkan strategi peranti “Dual-Platform Dual-Flagship” di MWC Shanghai
Semasa MWC Shanghai 2021 baru-baru ini, realme sebagai jenama telefon pintar yang berkembang pesat di dunia, telah mempamerkan realme GT dan mengumumkan strategi “Dual-platform Dual-flagship” untuk secara komprehensif menyusun barisan produk midrange hingga ke flaghsip, untuk membawa teknologi terkini dan reka bentuk trend setter yang sesuai untuk golongan muda.
Pada masa yang sama, realme juga meneruskan momentum pertumbuhan pesatnya pada tahun 2020, yang mana syarikat ini kini mempunyai 70 juta pengguna telefon pintar di seluruh dunia.
Menurut Counterpoint, penjualan telefon pintar global realme pada tahun 2020 adalah lebih daripada 42.4 juta unit iaitu dengan kadar pertumbuhan 65%, yang menjadikan realme menjadi satu-satunya jenama telefon pintar di dunia yang mencatatkan pertumbuhan melebihi dari 50%.
Pada tahun 2021, realme akan memfokuskan produk kelas pertengahan hingga flagship sebagai sasaran kritikal untuk pengembangan jenama.
Meneruskan semangat jenama “Dare to Leap” dan menyuntik inspirasi baru ke dalam industri, realme secara rasmi mengumumkan strategi “Dual-platform Dual-flagship” yang akan menggunakan siri pemproses Qualcomm Snapdragon 800 dan cipset flagship MediaTek Dimensity 5G yang memfokuskan pada prestasi peranti dan fotografi, sekaligus menawarkan golongan muda akses kepada lebih banyak produk premium
Strategi “Dual-platform Dual-flagship” juga akan memulakan perjalanan baru realme dalam industri telefon pintar.
Selain itu, realme juga telah mengesahkan bahawa realme GT akan hadir dengan pemproses Snapdragon 888 5G, reka bentuk berasakan kulit vegan dwi-tona dan teknologi penyejukan Stainless Steel VC Cooling System.
realme GT akan dilancarkan secara rasmi untuk pasaran global pada 4 Mac 2021.