Oppo akan memperkenalkan teknologi pengecasan tanpa wayar terbaru dan 5G mmWave di MWC Shanghai
OPPO telah memberikan bayangan inovasi yang akan dipamerkan di Mobile World Congress, Shanghai (MWCS) 2021.
Dari 23 hingga 25 Februari, OPPO akan menunjukkan hasil ujian baru di ruang 5G, bersama rakan-rakanny serta perkembangan futuristik dalam teknologi pengecasan, konsep telefon pintar dan Internet of Things (IoT).
OPPO akan memperlihatkan teknologi pengecasan tanpa wayar terbaru, menggunakan telefon pintar konsep OPPO X 2021 yang boleh digulung, dan juga perkembangan terkini dalam pengecasan pantas VOOC.
Oppo juga akan mengumumkan satu inisiatif global dengan tujuan untuk membawa teknologi pengecasan peranti yang mudah dan pantas.
OPPO telah mendahului pasaran teknologi pengecasan pantas sejak pertama kali mengumumkan teknologi VOOC pada tahun 2014.
MWCS menawarkan peluang untuk Oppo menunjukkan inovasi dan perkongsian yang akan memperluas ekosistemnya ke masa depan, menjangkau lebih banyak orang melalui lebih banyak peranti berbanding sebelumnya.
Setelah melalui pelbagai tahap percubaan yang berjaya pada tahun 2020, pengunjung juga akan dapat melihat demonstrasi langsung ujian kelajuan 5G mmWave OPPO di booth China Unicom.
5G mmWave akan menyokong aplikasi 5G generasi seterusnya dan sudah mempunyai ciri dalam CPE 5G OPPO, yang juga akan dipamerkan di MWCS.
OPPO’s 5G CPE menukar isyarat 5G menjadi sambungan Wi-Fi yang stabil dan sangat pantas.
Dengan bekerja dengan rakan industri terkemuka seperti Ericsson, dan mengembangkan dua penyelesaian antena proprietari, CPE 5G menjadikan sambungan berkelajuan tinggi untuk rumah pintar masa depan.