Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Servis Apple TV+ kini ditawarkan pada Google TV


Google telah mengumumkan bahawa aplikasi Apple TV akan datang ke platform Google TV tidak lama lagi.

Aplikasi Apple TV telah tersedia didalam Chromecast with Google TV selain beberapa model Google TV keluaran Sony dan TCL namun selepas ini model Android TV juga akan mula disertakan dengan aplikasi ini.

Aplikasi Apple TV membawakan pengguna kesemua perkhidmatan penstriman video Apple yang termasuk filem dan rancangan televisyen yang dibeli dari stor iTunes dan Apple TV+.

Dalam pada itu, aplikasi Apple TV ini juga akan mengintegrasikan ciri Goolge TV yang termasuk cadangan hiburan dan carian.

Akhir sekali, anda juga boleh menggunakan Google Assistant untuk membuka aplikasi atau memainkan filem.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.