Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : 1MORE ComfoBuds – TWS Semi-In Ear Unik pada harga RM 189 sahaja

ULASAN : 1MORE ComfoBuds - TWS Semi-In Ear Unik pada harga RM 189 sahaja 1

ULASAN : 1MORE ComfoBuds - TWS Semi-In Ear Unik pada harga RM 189 sahaja 2
Pengenalan

Pada bulan November tahun lalu, jenama TWS global 1MORE telah mengumumkan kemasukan jenama itu ke pasaran Malaysia dan syarikat ini dilihat bakal meneruskan momentum ini dengan pelancaran pelbagai produk TWS yang menepati kehendak pengguna di Malaysia.

1MORE adalah jenama audio yang mempunyai pengaruh global dan setakat ini ianya telah memasuki 26 negara utama dunia yang termasuk USA, Kanada, England, Jerman, Itali, Sepanyol, Greece, Australia, Korea, Jepun, Singapura, Malaysia, Indonesia, India, dan Vietnam.

Sebelum ini, kami telah diberikan peluang untuk mengulas mengenai 1MORE ColorBuds dan kini 1MORE telah menghantar 1MORE ComfoBuds kepada kami.

1MORE ComfoBuds kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 189 didalam dua pilihan warna iaitu hitam dan putih.

ULASAN : 1MORE ComfoBuds - TWS Semi-In Ear Unik pada harga RM 189 sahaja 3

Reka Bentuk

Kebanyakkan TWS didalam pasaran hadir dengan reka bentuk yang lebih kurang sama namun 1MORE ComfoBuds sedikit berbeza kerana ianya mempunyai reka bentuk half-ear namun hujung earbuds ini mempunyai eartips kecil untuk keselesaan yang lebih baik.

ULASAN : 1MORE ComfoBuds - TWS Semi-In Ear Unik pada harga RM 189 sahaja 4
Reka bentuk ini dinamakan sebagai Semi In-Ear dan ianya tampil dengan kemasan yang berkilat selain bicu hujung juga yang sedikit panjang berbanding TWS lain dipasaran.

Selain itu, anda juga tidak diberikan pilihan untuk menukar eartip 1MORE ComfoBuds mengikut keselesaan anda kerana eartip yang disertakan pada TWS ini tidak boleh dicabut.

ULASAN : 1MORE ComfoBuds - TWS Semi-In Ear Unik pada harga RM 189 sahaja 5
Selain itu, 1MORE ComfoBuds juga hadir dengan teknologi kalis air IPX5 yang menjadikan satu pilihan TWS yang pasti diminati oleh anda yang gemar mendengar lagu sambil melakukan aktiviti kecergasan.

Dalam pada itu, setiap earbud 1MORE ComfoBuds juga mempunyai 13.4mm Dynamic Driver yang menjanjikan bunyi yang semulajadi denga  bass yang mencukupi.

Akhir sekali, 1MORE ComfoBuds juga disertakan dengan dua mikrofon pada setiap earbuds untuk transimisi panggilan yang lebih jelas dan lancar.

ULASAN : 1MORE ComfoBuds - TWS Semi-In Ear Unik pada harga RM 189 sahaja 6

Setiap earbuds 1MORE ComfoBuds ini mempunyai berat 3.8 gram sahaja manakala bekas pengecasan juga amat kompak dengan berat 28.9 gram.

ULASAN : 1MORE ComfoBuds - TWS Semi-In Ear Unik pada harga RM 189 sahaja 7
Ciri-Ciri 1MORE ComfoBuds

1MORE ComfoBuds hadir dengan sambungan Bluetooth 5.0 namun hanya menyokong satu codec audio Bluetooth iaitu AAC.

Selain itu, TWS ini juga hadir dengan fungsi Smart Playback yang akan menghentikan muzik apabila earbuds dicabut dan menyambung semula pemain muzik apabila earbuds dipasang pada telinga.

1MORE ColorBuds juga hadir dengan sokongan navigasi mudah pada earbuds kiri dan kanan

Menjawab panggilan – ‘double tap’ pada earbuds kiri atau kanan

Mengaktifkan bantuan suara seperti SIRI atau Google Assistant pada telefon pintar – 3 kali sentuhan

Permainan muzik – anda boleh menggunakan fungsi double tap untuk menghentikan atau memainkan muzik.

1MORE ComfoBuds juga hadir dengan ciri Dual- Mic Enviromental Noise Cancelling yang sedikit sebanyak menyingkirkan gangguan bunyi luaran.

ULASAN : 1MORE ComfoBuds - TWS Semi-In Ear Unik pada harga RM 189 sahaja 8
Kualiti Audio

Secara puratanya, 1MORE ComfoBuds menawarkan kualiti pendengaran muzik yang baik dan memuaskan walaupun tidak setaraf peranti TWS premium lain dipasaran.

Walaubagaimanapun, untuk kegunaan peribadi saya mendapati TWS ini tidak menawarkan cengkaman kukuh pada cuping telinga saya yang memberikan saya sedikit kegusaran samada earbuds ini akan jatuh.

ULASAN : 1MORE ComfoBuds - TWS Semi-In Ear Unik pada harga RM 189 sahaja 9
Jangka Hayat Bateri

1MORE ComfoBuds menawarkan 4 jam pendengaran iaitu dengan bateri berkapasiti 35mah pada setiap earbuds namun dengan bekas pengecasan yang mempunyai bateri berkapasiti 410mAh, anda boleh menikmati tambahan sehingga 18 jam.

Pengecasan earbuds mengambil masa sekitar 85 minit manakala pengecasan penuh bekas pengecasan pula mengambil masa sekitar 80 minit melalui sambungan USB-C.

Selain itu, 1MORE ComfoBuds tidak menyokong pengecasan tanpa wayar.

ULASAN : 1MORE ComfoBuds - TWS Semi-In Ear Unik pada harga RM 189 sahaja 10

Penutup

1MORE ComfoBuds mungkin merupakan satu TWS yang unik dipasaran kerana ianya mempunyai reka bentuk yang sedikit berbeza apabila dibandingkan dengan TWS lain dipasaran.

1MORE ComfoBuds kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 189 dan pembelian boleh dibuat secara atas talian di stor rasmi 1MORE di Lazada.

 

More Stories

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.