Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme Watch S Pro kini rasmi di Malaysia – RM 599 sahaja

realme secara rasminya telah melancarkan realme Watch S Pro ke pasaran Malaysia dan ianya hadir dengan harga penjualan RM 599 sahaja.

realme Watch S Pro secara asasnya adalah sama seperti realme Watch S namun dengan reka bentuk luaran yang lebih premium.

realme Watch S Pro hadir dengan pemproses ARM Cortex-M4 dan dilengkapi skrin paparan AMOLED always-on berukuran 1.39-inci dengan nisbah 454×454.

Selain itu, realme Watch S Pro juga diperbuat daripada keluli tahan karat dengan berat sekitar 63.5 gram yang termasuk tali jam yang diperbuat dari kulit vegan atau silikon.

realme Watch S Pro juga hadir dengan sensor degupan jantung, bacaan SpO2 untuk mengukur kadar oksigen dan pelbagai fungsi kecergasan lain termasuk 15 aktiviti sukan.

Selain itu, Watch S Pro juga memiliki fungsi GPS dwi-satellite berketepatan tinggi, kalis air 5ATM, 100 pilihan watch faces, bateri 420mAh dan banyak lagi.

Penjualan realme Watch S Pro akan bermula pada 30 & 31 Januari ini iaitu secara offline di realme Brand Store dan wakil penjual sah realme.

Bagi anda yang lebih berminat untuk mendapatkanya secara online, realme Watch S Pro boleh dibeli di Lazada dan Shopee mulai 4 Februari 2021.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.