Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Asus ROG Phone 4 akan hadir dengan pemproses SD888 & bateri 6,000mAh (65W)

Asus ROG Phone 4 akan hadir dengan pemproses SD888 & bateri 6,000mAh (65W) 1

Asus ROG Phone 4 akan hadir dengan pemproses SD888 & bateri 6,000mAh (65W) 2
Bahang pelancaran generasi baru Asus ROG Phone 4 semakin terasa dan syarikat ini telah memulakan kempen teaser di akaun Weibo rasmi mereka.

Walaubagaimanapun, Asus tidak mendedahkan sebarang maklumat mengenai telefon pintar ini namun tipster Digital Chat Station telah mendedahkan bahawa ROG Phone 4 akan tampil dengan bateri dwi-sel berkapasiti 6,000mAh yang menawarkan pengecasan pantas 60W atau 65W.

Selain itu, penyenaraian 3C juga menyokong dakwaan ini dimana satu model dengan nombor I005DA yang dipercayai sebagai ROG Phone 4 telah disenaraikan akan hadir dengan sokongan 5G dan pengecasan pantas 65W.

Dalam pada itu, peranti yang sama juga telah dikesan di medan ujian Geekbench bulan lalu dengan Snapdragon 888, 8GB RAM dan Android 11.

Akhir sekali, kesemua maklumat ini memberikan kita petunjuk jelas bahawa Asus ROG Phone 4 akan dilancarkan lebih awal pada tahun ini.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.