Apple dikatakan sedang menguji teknologi TouchID dalam skrin bagi iPhone 13
Khabar angin terbaru dunia teknologi mengatakan bahawa Apple iPhone 13 yang akan dilancarkan pada September tahun ini bakal hadir dengan teknologi TouchID terbaru.
Apple iPhone 13 atau iPhone 12S dikatakan akan disertakan dengan teknologi sensor capjari yang terbina dalam skrin dan panel skrin ini juga mungkin mempunyai kadar segar semula 120Hz.
Walaubagaimanapun, penawaran teknologi TouchID juga tidak bermaksud takukan yang menempatkan FaceID akan hilang dari iPhone, sebaliknya TouchID dan FaceID akan disertakan bersama-sama untuk memudahkan lagi proses biometrik khususnya ketika pengguna memakai pelitup muka.
Selain itu, Apple juga sedang mempertimbangkan untuk melancarkan beberapa model tanpa sebarang port pengecasan yang menunjukkan kemahuan Apple untuk memfokuskan kepada pengecasan tanpa wayar magnetik MagSafe.
Selain Apple iPhone 13, tahun ini juga mungkin menyaksikan Apple AirTags dan iPad Pro dengan panel mini-LED diperkenalkan.
sumber : Macrumors