Cipset Samsung Exynos 2100 – Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Pencabar Snapdragon 888 ini
Samsung secara rasminya telah memperkenalkan cipset flagship terbaru keluaran mereka iaitu Exynos 2100 yang menjadi cipset pertama yang hadir dengan modem 5G terbina dan yang kedua untuk hadir dengan reka bentuk 5nm EUV.
Pemproses terbaru Samsung ini hadir dengan teras terbaru ARM iaitu Cortex-X1 pada kelajuan 2.9GHz, 3 teras A78 dan 4 teras jimat tenaga A55 yang menjanjikan kelajuan CPU 30% lebih baik berbanding Exynos 990.
Proses pembuatan terbaru ini membolehkan Exynos 2100 tampil dengan 10% peningkatan prestasi atau 20% lebih cekap tenaga.
Selain itu, pemproses flagship keluaran Qualcomm iaitu Snapdragon 888 juga diperbuat melalui proses 5nm EUV yang bermaksud kedua-dua cipset ini akan menawarkan prestasi yang lebih kurang sama.
Beralih kepada GPU, Exynos 2100 tampil dengan Mali-G78 yang mempunyai 14 teras dan ini menjanjikan 40% peningkatan prestasi manakala tahap cekap tenaga adalah
Selain itu, ISP pada Exynos 2100 membolehkan kamera dengan sensor sehingga 200MP digunakan pada telefon pintar dan ianya akan memasuki pasaran tidak lama lagi.
Lebih baik, ianya boleh menyokong sehingga 6 sensor dan memproses data dari 4 sensor secara serentak.
Multi-Camera dan Frame Processor (MCFP) dapat menyatukan data gambar dari beberapa kamera untuk kualiti zoom dan gambar ultra lebar yang lebih.
Selain itu, NPU juga digunakan untuk menganalisis pemandangan, mengesan wajah dan objek sehingga untuk memilih tetapan fotografi yang optimum.
Cipset Exynos 2100 dijangka akan membuat penampilan pada telefon pintar Siri Galaxy S21 yang akan dilancarkan pada jam 11 ini malam waktu Malaysia (14 Januari 2020).