Vivo X60 Pro dan X60 kini rasmi dengan Exynos 1080 5G & lensa kamera ZEISS
Vivo secara rasminya telah melancarkan vivo X60 dan X60 Pro yang mana kedua-dua telefon pintar ini akan memasuki pasaran China terlebih dahulu.
Kedua-dua telefon pintar siri Vivo X60 ini mempunyai reka bentuk yang sama namun mempunyai perbezaan dari segi storan, kamera, kapasiti RAM dan bateri.
Vivo X60 dan Vivo X60 Pro hadir dengan skrin paparan E3 AMOLED berukuran 6.56-inci yang membawakan kadar segar semula 120Hz dan HDR10+, pemproses Exynos 1080 dan antaramuka OriginOS 1.0 yang berasaskan Android 11.
Beralih kepada kamera, Vivo X60 Pro tampil dengan sensor utama 48MP Sony IMX598 yang disertakan dengan OIS 4-paksi, sensor ultrawide 120° 13MP yang turut menawarkan fungsi kamera makro, sensor telefoto 13MP dan sensor periskop 5x 8MP.
Selain itu, Vivo X60 Pro juga hadir dengan 12GB RAM dan 256GB storan dalaman selain bateri berkapasiti 4,200mAh dengan pengecasan pantas 33W turut disertakan.
Beralih kepada Vivo X60 pula, ianya hadir dengan sensor utama 48MP, sensor ultrawide 13MP dan sensor telefoto 13MP selain bateri berkapasiti 4,300mAh.
Vivo X60 ditawarkan didalam beberapa konfigurasi iaitu 8/128GB dan 8/256GB dan pada harga yang lebih murah.
Berikut adalah harga penjualan Vivo X60 dan X60 Pro.
Vivo X60 Pro 12/256GB – CNY 4,499 (RM 2,786)
Vivo X60 8/128GB – CNY 3,599 (RM 2,229)
Vivo X60 8/256GB – CNY 3,799 (RM 2,353)
Selain Vivo X60 Pro dan Vivo X60, syarikat ini juga akan menawarkan vivo X60 Pro+ yang hadir dengan cipset Snapdragon 888 pada lewat bulan Januari 2021.