realme – Jenama Trendsetter Yang Kini Melangkah Ke Era Teknologi 5G
realme – Jenama Trendsetter Yang Kini Melangkah Ke Era Teknologi 5G
Pada tahun 2018, realme telah memasuki pasaran telefon pintar global sebagai satu jenama yang tidak diketahui namun dengan semangat untuk memberikan pengguna akses kepada produk yang setimpal dengan harga yang dibayar.
Lebih menarik, dalam tempoh yang amat singkat, realme telah berkembang menjadi antara jenama popular serta dinobatkan sebagai syarikat telefon pintar paling berkembang pesat. Selain itu, pada tahun 2020 kami telah menyaksikan realme mencapai angka penjualan melebihi 50 juta unit telefon pintar yang memberikan gambaran jelas bahawa realme kini satu syarikat yang mempunyai peminat mereka yang tersendiri.
Dalam pada itu, meneruskan lagi langkah kanan syarikat ini, realme telah mula memasuki pasaran produk AIoT dan produk penjagaan diri secara agresif namun selaras dengan slogan Dare To Leap syarikat ini.
Maskot Hipster Dan Bergaya – realmeow
Baru-baru ini, realme secara rasminya telah memperkenalkan maskot rasmi mereka iaitu realmeow yang juga merupakan maskot pertama di dalam sejarah syarikat ini.
Maskot realmeow telah direka oleh Mark A.Walsh, yang merupakan pengarah animasi terkemuka dan Perunding Kreatif bagi realme Design Studio. Seperti pada namanya, realmeow adalah berasakan kucing dan ianya hadir dengan warna kuning ‘realme’ selain penggunaan kaca mata laser.
realmeow mempunyai gaya yang amat stylish serta kelihatan hipster yang amat sesuai untuk generasi muda kini dan juga mengamalkan semangat Dare to Leap seperti tuannya, realme. Selain itu, realmeow dikatakan berasal dari planet M58-2018828-S, berusia 18 tahun dan jantina adalah lelaki.
5G Untuk Semua
Tahun 2020 juga dilihat sebagai era yang menandakan permulaan teknologi perhubungan masa hadapan iaitu 5G. realme juga tidak mahu ketinggalan di dalam perlumbaan mencapai teknologi 5G walaupun teknologi ini masih belum matang dan belum ditawarkan untuk pengguna awam di Malaysia.
Teknologi 5G akan memberikan pengguna satu platform yang bakal mengubah pengalaman penggunaan telefon pintar tidak kira dari segi perhubungan, komunikasi atau lain-lain. Ini menjadikan satu kemungkinan kerana 5G mampu memberi rangkaian perhubungan yang jauh lebih pantas dari teknologi 4G dengan kadar lengahan yang sangat rendah iaitu sekitar 1 milisaat sahaja.
Telefon Pintar 5G
Tirai tahun 2020 bakal ditutup didalam masa beberapa minggu sahaja dan pada tahun 2021, realme dijangka lebih agresif dalam melancarkan telefon pintar 5G kepada pengguna selepas pelancaran realme 7 5G baru-baru ini sebagai telefon pintar 5G paling berpatutan di pasaran.
Selain itu, realme juga akan kekal sebagai sebuah syarikat yang menawarkan produk keluarannya pada harga mesra rakyat walaupun teknologi 5G adalah satu teknologi yang baru.
5G – Teknologi Perhubungan Yang Lebih Pantas & Stabil Pada Kos Yang Lebih Rendah
Teknologi generasi kelima (5G) mempunyai potensi besar untuk merancakkan komunikasi mudah alih antara pengguna di samping membawa manfaat besar kepada ekonomi negara. Ini bermakna 5G akan memajukan teknologi mudah alih semasa melalui penambahbaikan teknologi untuk menghubungkan manusia dengan peranti canggih lain.
Selain itu, kecekapan sambungan internet mudah alih menerusi 5G menjadikan kadar penggunaan tenaga lebih rendah pada peranti. Malah, kapasiti internet yang tinggi pada rangkaian 5G juga mampu menampung peningkatan kadar sambungan internet pada peranti seiring dengan permintaan yang dipacu oleh produk AIoT.
Lebih-lebih lagi, 5G juga menjanjikan anda sambungan internet yang lebih stabil dan pantas. Berdasarkan ujian awal 5G, kadar kelajuan maksimum yang berjaya dicapai adalah melebihi 1.5GB sesaat untuk muat turun data. Ini bermakna anda hanya perlu beberapa saat untuk menyiapkan muat turun filem kegemaran anda pada kualiti HD.
Selanjutnya, 5G juga adalah lebih efektif kos kerana teknologi ini juga mampu menghubungkan sejuta peranti pada keluasan satu kilometer persegi berbanding teknologi LTE yang hanya mampu menghubungkan 1,000 peranti dalam keluasan sama.
realme 7 5G
realme 7 5G telah dilancarkan secara rasmi ke pasaran Malaysia baru-baru ini pada harga
RM 1,299 yang menjadikanya sebagai antara telefon pintar 5G termuda dalam ipasaran. Selain 5G, realme 7 5G juga menampilkan skrin paparan Ultra Smooth 120Hz, Cipset Dimensity 800U, Bateri 5,000mAh dan Teknologi Pengecasan 30W Dart Charge.
Seterusnya, telefon pintar 5G terbaru realme ini juga hadir dengan reka bentuk trendsetting yang sangat sinonim dengan syarikat ini dan anda diberikan dua pilihan warna iaitu Flash Silver dan Misty Blue.
realme 7 5G akan ditawarkan untuk penjualan secara offline mulai 25 Disember ini dan setiap pembelian realme 7 5G juga akan menerima realme Hipster Pouch, realmeow Badge dan banyak lagi secara percuma.
Akhir sekali, kejayaan realme pada tahun 2020 dijangka akan menjadi tonik untuk syarikat ini memperkenalkan lebih banyak produk trendsetter pada tahun 2021.
Untuk maklumat yang lanjut mengikuti realme Malaysia Facebook.