Honor Watch GS Pro warna Camo Blue kini ditawarkan pada harga RM 999
Honor Malaysia secara rasminya telah mengumumkan bahawa Jam pintar lasak Honor Watch GS Pro kini ditawarkan didalam warna Camo Blue.
Honor Watch GS Pro didalam warna eksklusif Camo Blue ini kini sudah boleh dibeli di Hihonor, HONOR Experience Stores (HES) dan rakan penjual rasmi pada harga RM 999 sahaja.
Honor Watch GS Pro hadir dengan skrin paparan bulat AMOLED berukuran 1.39-inci dengan resolusi 454×454 piksel.
Ianya menampilkan gelung keluli tahan karat pada rangka polikarbonat dan tali silikon.
Jam pintar tahan lasak ini juga mempunyai 14 pensijilan gred tentera MIL-STD-810G yang termasuk suhu, gegaran dan kalis air.
Honor Watch GS Pro ini mampu menawarkan anda pelbagai maklumat penting kepada peminat aktiviti lasak seperti mendaki, berski dan berenang dil autan terbuka ( cuaca buruk, keadaan laut, navigasi dakiaan dan banyak lagi).
Secara keseluruhan, jam pintar ini menyokong hampir 100 mod kecergasan dan lengkap dengan bacaan degupan jantung berterusan selain SpO2 dan perekod tidur.
Honor Watch GS Pro dikuasakan dengan pemproses Kirin A1 dan menawarkan sehingga 25 hari pengunaan dan penyambungan adalah menggunakan Bluetooth 5.1.
Selain warna Camo Blue, Honor Watch GS Pro juga ditawarkan didalam warna charcoal black dan marl white.
Selain itu, setiap pembelian Honor Watch GS Pro juga akan menerima Honor Sport Pro yang bernilai RM 299 secara percuma.
Beli Honor Watch GS Pro di hihonor