Xiaomi Mi 11 disahkan akan dilancarkan tidak lama lagi dengan cipset Snapdragon 888
Selain realme, Xiaomi juga cepat mengeluarkan kenyataan bahawa ia juga akan melancarkan telefon pintar dengan Snapdragon 888.
realme Race akan menjadi antara telefon pintar pertama untuk menggunakan Snapdragon 888
Walaubagaimanapun, pegumuman daripada Xiaomi ini lebih jelas kerana syarikat ini telah mengesahkan bahawa telefon pintar flaghsip Xiaomi Mi 11 adalah model yang akan menggunakan cipset terbaru Qualcomm ini.
Selain itu, Xiaomi juga dijangka akan memperkenalkan sekurang-kurangnya dua telefon pintar flaghsip mereka iaitu Mi 11 dan Mi 11 Pro namun tidak dapat disahkan samada kedua-dua model ini akan menyertakan pemproses baru Qualcomm ini.
Pemproses Snapdragon 888 kini rasmi – prestasi GPU kini 35% lebih baik dan menyokong gaming 144fps
Selain daripada pengesahan mengenai cipset Snapdragon 888 ini, spesifikasi lain telefon pintar terbaru Xiaomi ini masih belum diketahui.
Seperti realme race, Xiaomi Mi 11 juga dijangka akan dilancarkan pada awal 2021.