ULASAN : 1MORE ColorBuds – Jenama TWS Terbaru di Malaysia Yang Lengkap Dengan ENC Pada Harga Mampu Milik
Pengenalan
Selain pasaran telefon pintar, pasaran peranti TWS juga menyaksikan persaingan yang sengit yang turut disertai syarikat pengeluar telefon pintar.
Walaubagaimanapun ini tidak bermaksud syarikat yang memfokuskan kepada peranti audio sahaja tidak mampu bersaing didalam pasaran yang kompetitif ini.
1MORE adalah salah satu syarikat global yang mempunyai pengaruh besar didalam pasaran TWS dunia dan syarikat ini kini telah melebarkan sayapnya ke pasaran Malaysia.
1MORE adalah jenama audio yang mempunyai pengaruh global dan setakat ini ianya telah memasuki 26 negara utama dunia yang termasuk USA, Kanada, England, Jerman, Itali, Sepanyol, Greece, Australia, Korea, Jepun, Singapura, Malaysia, Indonesia, India, dan Vietnam.
Walaupun boleh dianggap masih baru didalam pasaran, produk audio 1MORE telah menerima pelbagai anugerah dari pihak media antarabangsa yang terkemuka.
Salah satu daripada produk 1MORE yang kini ditawarkan di Malaysia iaitu 1MORE ColorBuds adalah fokus pada ulasan ini dan ianya ditawarkan di Malaysia pada harga RM 299 sahaja.
Reka Bentuk
Seperti kebanyakkan TWS dipasaran, 1MORE ColorBuds tampil dengan reka bentuk yang minimalistik namun tidak mengaibaikan keselesaan pengunaan.
1MORE ColorBuds boleh dikatakan antara TWS yang terkecil dipasaran dengan berat setiap earbuds ini hanya 4.1gram yang memastikan ianya selesa di telinga anda walaupun dipakai sepanjang hari.
Selain itu, earbuds ini juga menggunakan bahan premium didalam kemasan matte yang pasti memberikan lebih cengkaman ketika dipakai.
Selain itu, tidak seperti kebanyakkan TWS dipasaran yang hadir didalam warna putih dan hitam, 1MORE ColorBuds memberikan anda pelbagai pilihan warna yang menarik yang mana sebanyak 4 warna ditawarkan di pasaran Malaysia iaitu Green, Pink, Gold dan Black.
Seterusnya, 1MORE ColorBuds ini juga hadir dengan reka bentuk earbuds in-ear yang memastikan ianya sesuai digunakan oleh semua dan tidak menyaktikan seperti reka bentuk half-in ear yang biasanya hadir dengan bucu yang keras.
1MORE ColorBuds juga disertakan dengan 3 eartip tambahan yang berlainan saiz untuk anda pilih mengikut kesesuaian telinga anda.
Beralih kepada bekas pengecasan 1MORE ColorBuds ini, ianya juga menampilakan reka bentuk yang kompak dengan kemasan luaran yang berkilat namun ianya adalah diperbuat daripada plastik.
Bekas pengecasan ini mempunyai berat 32.1 gram dengan saiz yang mesra poket walaupun ianya adalah poket seluar jeans yang kecil.
Pembukaan bekas 1MORE ColorBuds ini juga sangat kukuh dan terdapat juga lampu LED selain slot pengecasan USB-C dibahagian belakang.
Pada bahagian dalaman, bekas ini hadir dengan kemasan matte iaitu pada tempat meletakkan earbuds.
Sebelum menyelesaikan bahagian reka bentuk, harus juga kami perkatakan bahawa 1MORE ColorBuds juga mempunyai pensijilan IP5X.
Proses Pairing
Proses pairing atau perhubungan kepada peranti adalah sangat mudah kerana 1MORE ColorBuds hadir dengan Bluetooth 5.0
Sebelum melakukan proses pairing kepada telefon pintar atau komputer riba anda, anda hanya perlu membuka bekas pengecasan dan ini akan memulakan proses sambungan antara earbuds kiri dan kanan (lampu indikasi akan berkelip didalam warna merah dan biru.
Selepas itu, anda boleh membuka sambungan Bluetooth pada telefon pintar/peranti dan cari 1MORE ColorBuds (tekan connect untuk sambungan).
Proses pairing ini juga telah dicetak pada filem perlindungan dibahagian dalam kotak pembungkusan untuk rujukan mudah.
1MORE ColorBuds juga boleh digunakan secara berasingan didalam mod mono dimana anda hanya perlu meletakkan satu earbuds didalam bekas pengecasan.
Navigasi sesentuh pada earbuds
1MORE ColorBuds juga hadir dengan sokongan navigasi mudah pada earbuds kiri dan kanan
Menjawab panggilan – ‘double tap’ pada earbuds kiri atau kanan
Mengaktifkan bantuan suara seperti SIRI atau Google Assistant pada telefon pintar – 3 kali sentuhan
Permainan muzik – anda boleh menggunakan fungsi double tap untuk menghentikan atau memainkan muzik.
Selain itu, 1MORE ColorBuds juga hadir dengan fungsi ear-in detection dimana muzik anda terhenti apabila salah satu earbuds dikeluarkan dari telinga dan muzik akan tersambung semula apabila earbuds diletakkan semula didalam telinga.
Spesifikasi 1MORE ColorBuds
1MORE ColorBuds hadir dengan cip audio daripada Qualcomm namun tidak dapat dipastikan apakah nama cip yang digunakan.
Ianya juga menyokong kodek audio aptX dan AAc untuk kualti audio yang sangat baik dan 1MORE juga telah berkerjasama dengan Luca Bignardi yang merupakan jurutera bunyi yang telah memenangi anugerah grammy.
sentuhan daripada jurutera Jerman ini membolehkan setiap output lagu dan muzik yang keluar dari 1MORE ColorBuds adalah sama seperti yang pencipta lagu tersebut mahu anda alami dan dengar.
1MORE ColorBuds juga hadir dengan ciri Dual- ENC iaitu Enviromental Noise Cancelling yang menyaksikan earbuds ini disertakan dengan 4 mikrofon yang memberikan anda kualiti panggilan yang sangat terang dan lantang.
Kualiti Muzik
Kualiti Audio pada 1MORE ColorBuds juga amat baik dan memuaskan.
Jika anda suka mendengar muzik dengan kadar bass yang tinggi, 1MORE ColorBuds adalah earbuds yang direka untuk anda kerana ianya menawarkan tahap bass pada audio yang tinggi namun tidak terlalu keterlaluan.
Apa yang memastikan anda menikmati muzik yang sangat baik adalah kerana 1MORE ColorBuds memberikan cengkaman yang baik pada telinga.
Selain itu, pergerakan dengan memakai 1MORE ColorBuds juga tidak terbatas dan anda tidak perlu risau ianya tercabut dari telinga.
Sentuhan daripada Luca Bignardi juga menampakkan kesan yang baik dimana muzik pada semua genre boleh dinikmati pada earbuds ini.
Sedikit mengecewakan pada 1MORE ColorBuds ini adalah navigasi pada pad sesentuh yang terhad.
Jangka Hayat Bateri
Tanpa bekas pengecasan, 1MORE ColorBuds menawarkan anda sehingga 6 jam pendengaran muzik manakala dengan bekas pengecasan, anda boleh menikmati tambahan 16 jam lagi yang menjadikan jumlah keseluruhan pendengaran adalah sekitar 22 jam.
Selain itu, 15 minit pengecasan pantas juga menjanjikan 2 jam pendengaran muzik yang mana pengecasan dilakukan melalui slot USB-C namun sedikit mengecewakan tiada sokongan pengecasan tanpa wayar.
Penutup
Pada harga RM 299, 1MORE ColorBuds boleh dikatakan sebagai earbuds yang mampu memberikan anda kepuasan muzik on the go yang baik.
Walaupun terdapat beberapa limitasi yang nyata, 1MORE ColorBuds adalah satu TWS yang boleh anda pertimbangkan jika anda mahu satu earbuds yang memberikan cengkaman yang maksima dan selesa pada telinga.
Anda kini boleh mendapatkan 1MORE ColorBuds di Lazada pada harga RM 299 sahaja.