Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme narzo 20 Pro dan narzo 20 kini rasmi di Malaysia dengan harga penjualan dari RM 699


realme Malaysia secara rasminya telah melancarkan realme narzo 20 Pro dan realme narzo 20 ke pasaran tempatan dan ianya akan hadir dengan harga penjualan RM 699 namun penjualan pertama pada 11 November ini.

Siri realme narzo memasuki pasaran Malaysia buat kali pertama dan ianya hadir dengan reka bentuk dan logo narzo yang unik.

realme narzo 20 Pro

realme nazro 20 Pro adalah model mercu didalam siri realme narzo dan ianya menampilkan skrin paparan 90Hz Ultra Smooth berukuran 6.5-inci yang turut menempatkan kamera selfie punch-hole 16MP.

Selain itu, realme narzo 20 Pro juga telah menjadi telefon pintar pertama siri narzo untuk hadir dengan pemproses MediaTek Helio G95 yang direka khas untuk menawarkan gaming terbaik kepada pengguna dan ianya juga dipadankan dengan 8GB RAM berserta 128GB storan dalaman.

Selain itu, realme narzo 20 Pro juga hadir dengan tetapan quad-kamera yang menampilkan sensor utama 48MP, sensor ultrawide 8MP, sensor depth 2MP dan sensor depth 2MP.

Selain itu, realme narzo 20 Pro hadir dengan bateri berkapasiti 4,500mAh yang turut disertakan dengan teknologi pengecasan pantas 65W SuperDart yang mampu mengecas penuh peranti didalam masa 38 minit sahaja.

realme narzo 20 Pro akan di Malaysia pada harga penjualan RM 1,199 iaitu mulai 11 November ini.

Apa yang menarik, realme narzo 20 Pro akan ditawarkan pada harga RM 899 sahaja di Lazada pada 11 November ini dan ianya terhad untuk penjualan pertama ini.

realme narzo 20

realme narzo 20 Pro hadir ke pasaran Malaysia sebagai telefon pintar pertama realme untuk hadir dengan bateri berkapasiti 6,000mah.

realme narzo 20 hadir dengan skrin paparan HD+ berukuran 6.5-inci, pemproses Helio G85, 4GB RAM dan 128GB storan dalaman.

Selain itu,  realme narzo 20 juga hadir dengan AI Triple Camera yang menempatkan satu sensor utama 48MP seperti pada realme narzo 20 Pro bersama-sama satu sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP. Kamera selfie narzo 20 adalah 8MP.

realme narzo 20 Pro juga menyokong pengecasan pantas Type-C 18W, slot tri-SIM dan WiFi 2.4GHz/5GHz.

realme narzo 20 akan hadir didalam dua pilihan warna iaitu Glory Silver dan Victory Blue pada harga penjualan RM 699 namun anda boleh mendapatkanya pada harga RM 549 sahaja di Lazada pada 11 November ini.

Tontoni video buka kotak realme narzo 20 Pro dibawah :

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.