Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Telefon pintar foldable iPhone mungkin dilancarkan lebih awal susulan kejayaan Samsung Galaxy Z Fold2

Telefon pintar foldable iPhone mungkin dilancarkan lebih awal susulan kejayaan Samsung Galaxy Z Fold2 3
kredit gambar : #iOS beta news)

Susulan kejayaan pelancaran telefon pintar foldable Samsung pada tahun 2020 iaitu Galaxy Z Fold2 dan Z Flip, syarikat telefon pintar yang lain pasti sudah tidak senang duduk dengan kejayaan telefon pintar foldable ini dan mungkin sudah mula membangunkan peranti dengan teknologi seperti ini:

Sebagai seteru utama didalam pasaran telefon pintar dunia, Apple juga telah mempunyai perancangan untuk mengeluarkan telefon pintar boleh lipat sejak tahun 2017.

Telefon pintar foldable iPhone mungkin dilancarkan lebih awal susulan kejayaan Samsung Galaxy Z Fold2 4

Walaubagaimanapun laporan terbaru daripada leakster Ice Universe mendedahkan syarikat Cupertino ini sedang berbincang dengan Samsung Display mengenai bekalan skrin foldable secara eksklusif selama setahun dan Apple juga telah mempunyai prototaip telefon pintar foldable ini sejak tahun lalu.

Selain itu, Apple juga dikatakan masih belum memutuskan reka bentuk akhir telefon pintar foldable ini dan prototaip yang diperkatakan mungkin merupakan prototaip awal.

Ketika ini, prototaip telefon pintar foldable Apple dikatakan mempunyai engsel dengan dua paparan yang sama seperti Microsoft Surface Duo namun Apple dijangka tidak akan mengeluarkan produk yang tidak setaraf dengan teknologi yang digunakan oleh Samsung.

Kembali ke 2020, Apple dijangka akan memperkenalkan 4 model iPhone 12 yang mana pelancaranya telah ditunda ke bulan Oktober 2020.

Apple akan mengadakan majlis pelancaran khas pada 15 September ini – iPhone 12?

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.