[ULASAN]Tronsmart Apollo Bold – TWS premium dengan teknologi ANC pada harga yang kompetitif
Pengenalan
Sejak pelancaran Apple AirPods pada tahun 2016, permintaan bagi earbuds Bluetooth telah meningkat dengan mendadak dan ianya dilihat sebagai satu lagi ‘lubuk emas’ bagi pengeluar telefon pintar utama lain yang turut tidak mahu ketinggalan.
Walaupun Apple AirPods merupakan earbuds yang mempunyai harga penjualan yang amat tinggi, ramai setuju bahawa ianya adalah antara yang terbaik dipasaran dan pelancaran Apple AirPods Pro mengukuhkan lagi kedudukan Apple sebagai peneraju didalam pasaran TWS ini.
Tronsmart, syarikat yang sudah sinonim didalam menawarkan pelbagai aksesori telefon pintar sentiasa memperkenalkan pelbagai model TWS mereka yang amat berpatutan iaitu pada harga sekitar RM 100- RM 200 sahaja.
Walaubagaimanapun impian Tronsmart untuk menguasai pasaran TWS ini telah menyaksikan syarikat ini mengambil langkah berani untuk menawarkan pencabar paling setaraf bagi Apple AirPods 2.
Model TWS terbaru Tronsmart yang kami maksudkan adalah Tronsmart Appollo Bold yang memiliki teknologi pembatalan gangguan bunyi Hybrid Active Noise Cancellation.
Dengan teknologi ANC, Tronsmart Apollo Bold juga akan bersaing dengan syarikat pengeluar TWS premium seperti Bose, Sony dan banyak lagi.
Tronsmart Apollo Bold kini ditawarkan di Malaysia dengan harga penjualan RM 439 dan berikut adalah ulasan kami mengenai pencabar terbaru Apple AirPods Pro ini.
Apa yang ada didalam kotak?
Tronsmart Apollo Bold hadir didalam kotak pembungkusan yang amat besar dan premium tidak seperti kotak TWS Tronsmart yang lain.
Bersama-sama pembelian anda juga akan menerima 3 pasang eartip tambahan yang berlainan saiz untuk anda gunakan mengikut kontur telinga anda.
Satu beg berwarna hitam untuk penyimpanan TWS Apollo Bold dengan kemasan matte yang premium.
Selain daripada itu, anda juga akan menerima satu kabel pengecasan USB-C, kad waranti dan manual pengunaan peranti.
Ciri-ciri utama Tronsmart Apollo Bold
- Cip audio flaghsip Qualcomm QCC5124
- Antena LDS yang direka khas
- Teknologi transmisi TWS+ binaural
- Pembatalan bunyi aktif frekuensi penuh 35dB
- Pembatalan bunyi aktif hibrid 360° dengan 6 mikrofon
- 2 teknologi pembatalan bunyi yang dipaten
- penyahkodan audio aptX HD
- 30 jam waktu pendengaran dengan bekas pengecasan
- 10 minit pengecasan untuk 1 jam pengunaan
- Kalis air & habuk IP45
- Pengecasan Type-C
Sambungan @ Pairing kepada telefon pintar (kali pertama)
- Letakkan kedua-dua earbuds didalam bekas pengecasan
- Keluarkan kedua-dua earbuds dari bekas pengecasan.
- Lampu berwarna putih dan merah akan berkelipan pada kedua-dua earbuds yang bermaksud Apollo Bold ini sudah bersedia untuk disambungkan kepada telefon pintar anda.
- Buka Bluetooth pada telefon pintar anda dan cari Tronsmart Apollo Bold dari senarai dan tekan ‘connect’.
- Selepas itu, telefon pintar akan meminta kebenaran untuk melakukan ‘pairing’ dengan Tronsmart Apollo Bold dan tekan ‘pair’.
- Lampu pada Tronsmart Apollo Bold akan terpadam bermaksud pairing telah berjaya anda kini boleh menggunakan untuk pendengaran muzik atau menjawab panggilan.
Navigasi dan Pengunaan Tronsmart Apollo Bold
Bagi memastikan pengguna setia peranti Tronsmart biasa dengan navigasi TWS ini, Apollo Bold juga hadir dengan panel sesentuh yang boleh mengaktifkan pelbagai fungsi TWS ini termasuk memainkan muzik, menjawab panggilan dan banyak lagi.
- Tiga kali sentuhan pada earbuds kiri atau kanan untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan ANC
- Tekan selama dua kali untuk memainkan atau menghentikan muzik pada satu satu earbuds
- Tekan earbud kiri selama 2 saat untuk memainkan lagu sebelumnya
- Tekan earbud kanan selama 2 saat untuk memainkan lagu seterusnya
- sentuh sekali pada earbud kiri untuk mengurangkan kelantangan bunyi atau sentuh sekali pada earbud kanan untuk meningkatkan kelantangan bunyi (ulang mengikut keperluan).
- Tekan sebanyak 2 kali untuk menjawab atau menamatkan panggilan atau tekan selama 2 saat untuk menolak panggilan tersebut.
- Bagi mengaktifkan bantuan suara tekan selama tiga saat pada earbuds kiri atau kanan.
reka bentuk
reka bentuk TWS terbaru daripada Tronsmart ini adalah memfokuskan kepada keselesaan pengunaan walaupun ianya terpasang pada telinga sepanjang hari.
Tronsmart Apollo Bold direka panel luaran yang lebar yang menawarkan struktur tiga paksi yang lebih stabil namun berat earbuds ini hanya lah sekitar 0.57 gram setiap satu.
Ini memastikan TWS anda sentiasa kekal pada telinga tidak kira apa aktiviti yang anda lakukan dan pada masa yang sama tanpa sebarang kompromi terhadap keselesaan dan tahap ergonomik TWS ini.
Selain itu, Tronsmart Apollo Bold juga dilengkapi dengan sensor khas yang akan menghentikan muzik apabila TWS dicabut dari telinga dan muzik akan bersambung semula apabila sensor ini mengesan anda telah memasang semula pada telinga.
Untuk memberikan ketahanan dan pengunaan yang lebih menyeluruh, Tronsmart Apollo Bold juga disertakan dengan pensijilan kalis air IP45.
Ini membolehkan anda menggunakan Tronsmart Apollo Bold aktiviti kecergasan yang mengeluarkan peluh seperti bersenam, berlari dan banyak lagi.
Ianya juga kalis habuk dan air hujan namun kami tidak mengesyorkan anda menggunakanya ketika hujan kerana pensijilan IP45 masih belum menawarkan tahap kalis air yang tinggi seperti IP68.
Bercakap mengenai bekas pengecasan Tronsmart Apollo Bold ini, walaupun hadir dengan reka bentuk bulat, ianya masih mengekalkan profil kompak dan muat pada poket anda.
Kualiti Audio dan Bunyi
Sebagai TWS ANC, Tronsmart Apollo Bold berjaya menepati apa yang dijanjikan dan pengunaan earbuds ini didalam mod ANC terbukti berjaya menyingkirkan bunyi persekitaran luaran dengan efektif.
Selain itu, hasil pengunaan kami juga mendapati tahap kelantangan bunyi juga adalah baik dan mencukupi didalam mod ANC dan mod Ambient (ANC dinyahaktifkan).
Lebih memudahkan pengunaan anda, apbila anda ingin berbual, anda hanya perlu mencabut salah satu daripad earbuds untuk menghentikan muzik dan akan tersambung semula serta merta apabila peranti mengesan anda telah memasang semula pada telinga.
Sedikit kekurangan pada Apollo Bold ini adalah pad sesentuh yang besar menyebabkan anda tersentuh pad ini yang menyebabkan pengaktifan fungsi lain.
Walaubagaimanapun pengunaan yang kerap mungkin akan menyingkirkan masalah ini kerana anda pasti sudah biasa dengan ekosistem ini.
Selain itu, pelancaran aplikasi khas Tronsmart pada bulan September juga akan memudahkan lagi navigasi Tronsmart Apollo Bold ini.
Aplikasi eksklusif ini juga membolehkan anda menikmati kemaskini OTA bagi peranti Tronsmart Apollo Bold ini, pelarasan EQ dan mengubah fungsi pad sesentuh mengikut keperluan anda.
Tronsmart Apollo Bold juga boleh digunakan didalam mod mono (satu earbuds) atau stereo (dua earbuds) yang memberikan anda kebebasan untuk memakai mengikut keperluan.
Sambungan Bluetooth yang ditawarkan pada Apollo Bold juga amat stabil dengan jarak sehingga 15 meter dan ianya menyokong kod audio aptX dan AAC (AAC adalah pada peranti iOS).
Jangka hayat bateri
Tronsmart Apollo Bold mampu menawarkan jangka hayat bateri sehingga 10 jam iaitu pada earbuds sahaja dan pengunaan bekas pengecasan membolehkan pengunaan maksima sehingga 30 jam.
Walaubagaimanapun jangka hayat Apollo Bold yang dinyatakan ini adalah untuk pengunaan pada tahap kelantangan bunyi 50% manakala tahap pengunaan pada kadar bunyi maksima adalah sekitar 6 jam pada earbuds dan 13-15 jam dengan bekas pengecasan.
Pengecasan Tronsmart Apollo Bold boleh dilakukan melalui kabel USB-C yang kini digunakan oleh pada kesemua telefon pintar Android utama dipasaran yang bermaksud anda tidak perlu membawa kabel berasingan untuk memgecas TWS Tronsmart ini.
Kesimpulan
Selepas menggunakanya hampir 2 minggu, ternyata Tronsmart Apollo Bold mempunyai keupayaan untuk menawarkan anda pakej TWS serba lengkap yang boleh digunakan pada apa jua keadaan tidak kira pada persekitaran luaran mahupun dalaman.
Dengan teknologi ANC, Tronsmart Apollo Bold juga meletakkanya sebaris dengan barisan TWS audio premium dipasaran namun pada harga yang lebih kompetitif.
Dengan kepakaran yang dimiliki oleh Tronsmart, membeli TWS Tronsmart Apollo Bold adalah satu pelaburan yang berbaloi dan anda pasti tidak akan menyesal.
Tronsmart Apollo Bold kini ditawarkan di Malaysia dengan harga penjualan RM 439 sahaja dan pembelian boleh dibuat melalui stor atas talian rasmi Tronsmart di Shopee dan Lazada sekarang.
Selain itu, pada 14 September ini, Tronsmart akan mengadakan penjualan khas bagi Tronsmart Apollo Bold di Shopee dimana setiap pembelian TWS terbaru Tronsmart ini akan menerima satu unit powerbank Tronsmart Bold secara percuma.
Beli Tronsmart Apollo Bold di Shopee