Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Sertai Kejohanan Badminton HUAWEI WATCH FIT & Menangi Wang Tunai Bernilai RM 10,000

HUAWEI WATCH FIT BADMINTON CHAMPIONSHIP

Sertai Kejohanan Badminton HUAWEI WATCH FIT & Menangi Wang Tunai Bernilai RM 10,000

Jika terdapat satu perkara yang menyatukan rakyat Malaysia, ianya adalah sukan dan jika anda pernah mempunyai hasrat untuk bermain badminton dengan pemain badminton negara seperti Goh Liu Ying dan Chan Peng Soon, ini adalah peluang keemasan anda.

HUAWEI akan mengadakan Kejohanan Badminton HUAWEI WATCH FIT bulan ini yang mana anda juga boleh turut serta.

HUAWEI WATCH FIT & FreeLace Pro akan ditawarkan di Malaysia mulai 9 September ini pada harga dari RM 399

Untuk menyertai Kejohanan Badminton ini, anda hanya membeli satu unit HUAWEI WATCH FIT yang akan mula dijual pada 9 September ini dari HUAWEI Experience Store atau HUAWEI Store dan daftar minat.

Dengan harga penjualan hanya RM 499, HUAWEI WATCH FIT adalah antara jam pintar kecergasan yang serba lengkap dipasaran.

Bagi yang menyertai kejohanan badminton HUAWEI WATCH FIT, mereka berpeluang memenangi wang tunai sehingga RM 10,000 bagi setiap kategori.

Selain itu, HUAWEI juga menawarkan rebat serta merta RM 100 dengan pembelian dua unit HUAWEI WATCH FIT (sah sehingga 9 Oktober).

Cara Menyertai Kejohanan Badminton HUAWEI WATCH FIT :

  1. Beli HUAWEI WATCH FIT mulai 9 September ini ( simpan Order ID jika anda membuat pembelian secara atas talian atau nombor siri produk jika pembelian dibuat di stor fizikal).
  2. Daftar di SINI dengan maklumat yang diperlukan (pendaftaran dibuka dari 9-20 September).
  3. Bersiap sedia untuk berentap di Kejohanan Badminton HUAWEI WATCH FIT pada 26 & 27 September.

Pastikan anda mengikut perkembangan terkini mengenai kejohanan ini di HUAWEI WATCH FIT Event Page

Berikut adalah hadiah bagi Kejohanan Badminton HUAWEI WATCH FIT (setiap kategori)

Juara

  • Wang Tunai RM 10,000
  • Perlawanan Badminton dengan Goh Liu Ying dan/atau Chan Peng Soon
  • Athlete Fitness Package yang disumbang oleh Institut Jantung Negara (IJN) bernilai RM 2,100 (bagi setiap pemain).

Naib Juara

  • Wang Tunai RM 5,000
  • Premier Wellness Package yang disumbang oleh Institut Jantung Negara (IJN) bernilai RM 1,800 (bagi setiap pemain)

Tempat Ke-3

  • Wang Tunai RM 3,000
  • Fitness Wellness Package yang disumbang oleh Institut Jantung Negara (IJN) bernilai RM750 (bagi setiap pemain)

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.