Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme 7 Pro dan realme 7 akan dilancarkan 3 September ini – realme turut akan membuat penampilan sulung di IFA 2020

realme 7 Pro dan realme 7 Malaysia
realme secara rasminya mengesahkan bahawa realme 7 dan realme 7 Pro akan dilancarkan secara rasmi pada 3 September ini dan ianya akan ke pasaran India terlebih dahulu.

realme 7 dan realme 7 Pro akan hadir dengan beberapa teknologi pengecasan pantas SuperDART 65W, tetapan quad-kamera 64MP generasi kedua, reka bentuk kamera punch hole dan banyak lagi.

realme 7 dan realme 7 Pro juga dijangka akan menggunakan skrin paparan AMOLED selain pemproses 5G daripada MediaTek.

Buat masa ini tidak banyak maklumat rasmi mengenai realme 7 dan realme 7 Pro diketahui namun segala persoalan mengenai telefon pintar realme ini bakal terjawab esok.

realme IFA 2020

Selain itu, realme secara rasminya telah mengesahkan bahawa ianya akan menyertai sidang IFA buat pertama kali didalam sejarah syarikat ini.

Penyertaan realme ini juga akan menyaksikan syarikat ini memperkenalkan jenama dan produk terbaru ke pasaran Eropah secara umumnya dan akan menjadi penampilan pertama pertama Pegawai Eksekutif realme Europe iaitu Madhav Seth (bekas CEO realme India).

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.