Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Asus ROG Phone 3 Strix Edition akan dibuka untuk pra-tempahan esok di Lazada dan Shopee


Ketika pelancaran Asus ROG Phone 3 beberapa bulan lalu, Asus Malaysia telah mengesahkan bahawa telefon pintar gaming yang hangat dipasaran ini akan memasuki pasaran tempatan pada bulan September.

Asus ROG Phone 3 kini rasmi dengan skrin 144Hz, Snapdragon 865+ – tiba di Malaysia bulan September dengan harga seperti ROG Phone 2

Menepati janji itu, Asus kini telah mengesahkan bahawa Asus ROG Phone 3 Strix Edition akan mula dibuka untuk pra-tempahan pada 3 September ini di stor rasmi Asus di Lazada dan Shopee.

Untuk membuat pra-tempahan, anda dikehendaki membayar deposit sebanyak RM 999 dengan baki perlu dibayar sebelum 7 September 2020.

Harga penjualan Asus ROG Phone 3 Strix Edition ini masih belum diketahui namun ianya akan diumumkan pada 5 September ini dan setiap pra-tempahan juga akan menerima Lighting Armor Case dan Tempered Glass secara percuma.

Asus ROG Phone 3 Strix Edition anda varian ROG Phone 3 yang lebih berpatutan dengan perbezaan utama adalah pengunaan cipset Snapdragon 865 dan bukanya Snapdragon 865+.

Dari segi kapasiti RAM pula, Asus ROG Phone 3 Strix Edition akan hadir dengan 8GB RAM manakala kapasiti storan dalaman adalah 256GB.

Selepas pembayaran dibuat, anda akan menerima kod baucar bernilai RM 999 yang boleh ditebus ketika membuat pembayaran akhir Asus ROG 3 Strix Edition.

pra-tempah Asus ROG Phone 3 di Lazada

pra-tempah Asus ROG Phone 3 di Shopee

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.