ULASAN : realme C12 Malaysia – Helio G35 dan bateri 6,000mAh yang luar biasa
Pengenalan
Siri telefon pintar kelas entry-level realme iaitu siri C baru sahaja menerima ahli keluarga baru bulan lalu namun ini tidak bermaksud satu lagi model telefon pintar didalam siri yang sama tidak boleh dilancarkan.
Selepas realme C11 mencuri tumpuan sebagai raja kelas entry-level, realme C12 pula diperkenalkan sebagai telefon pintar pertama di realme untuk memiliki bateri 6,000mAh.
Walaupun ianya merupakan telefon pintar didalam siri yang sama, realme C12 tidak boleh diklasifikasikan sebagai pengganti kepada realme C11 namun sebagai pelengkap kepada siri telefon pintar entry-level yang semakin kompetitif.
Berikut adalah ulasan realme C12 yang kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 529 yang mana ianya disertakan bersama realme Buds Classic.
Video Buka Kotak
Reka Bentuk
Telefon pintar realme secara tradisi nya hadir dengan reka bentuk yang menawan tidak kira tahap harga penjualan model tersebut.
Walaubagaimanapun realme C12 diberikan satu lagi keistimewaan dimana telefon pintar ini hadir dengan reka bentuk panel belakang yang dikenali sebagai Geometric Gradient Design yang mana ianya hampir sama seperti pada realme C11 namun ada satu ruang pada panel belakang dengan corak yang berlainan yang memberikan refleksi segitiga.
Selain itu, realme C12 tidak memiliki jalur sepanjang sisi kiri panel belakang seperti pada realme C11
Menyentuh sedikit mengenai proses pembuatan panel belakang realme C11 ini, ianya menggunakan mesin ukiran radium 5-paksi terbaik di industri dan tekstur geometri unik panel belakang realme C11 ini terhasil selepas hampir 300 minit penggilapan.
Sisi panel belakang ini juga sedikit melengkung yang memberikan cengkaman ketika memegang telefon pintar ini dan panel belakang juga anti capjari.
Panel belakang realme C12 ini juga menempatkan modul kamera tri-kamera didalam bentuk segiempat yang lebih premium dan menyerlah seperti pada realme C11.
Kemasan rangka juga sama seperti warna realme C11 yang anda pilih yang mana ianya hadir didalam dua pilihan warna iaitu Coral Red (merah) atau Marine Blue (biru) seperti unit ulasan kami.
Pada bahagian bawah, realme C12 disertakan dengan bicu audio 3.5mm, slot microUSB dan gril pembesar suara sementara pada bahagian sisi kanan terdapat butang kuasa dan butang pelaras bunyi manakala slot SIM dibahagian kiri.
realme C12 mempunyai ukuran dimensi 164.4 x 75.9 x 9.8 mm dengan berat 209 gram iaitu hampir 13 gram lebih berat dari realme C11 namun anda menerima bateri yang lebih besar.
Skrin Paparan
Jika panel belakang realme C12 ini merupakan reka bentuk terbaru yang menyegarkan minda, lain pula ceritanya pada bahagian hadapan atau bahagian hadapan atau skrin.
realme C12 masih menampilkan reka bentuk skrin paparan mini-drop yang sangat sinonim dengan jenama realme.
realme C12 menampilkan skrin paparan berukuran 6.5-inci yang sama seperti realme C3 iaitu pada resolusi HD+ (1600×720) dengan nisbah skrin 88.7%.
Skrin paparan IPS LCD yang digunakan pada realme C12 ini mempunyai kepadatan piksel 270ppi.
Secara keseluruhanya skrin paparan HD+ yang disertakan pada realme C12 pengalaman visual yang baik tanpa sebarang isu yang keterlaluan.
Pemproses
Sejak kebelakangan ini, realme dilihat sentiasa menawarkan pemproses yang memfokuskan kepada gaming iaitu keluaran MediaTek dan realme C12 dilengkapi pemproses MediaTek Helio G35 yang merupakan pemproses sama seperti pada realme C11.
Ianya merupakan pemproses octa-core 12nm yang realme C12 ini memberikan pengguna kuasa pemproses kelas-entry level terbaik dengan mata AnTuTu yang diperoleh adalah 113,150 mata (realme C11 memperoleh 109,054 mata).
realme C12 juga disertakan dengan 3G RAM jenis LPDDRX4 manakala storan dalaman adalah 32GB.
Pemproses G35 yang disertakan pada realme C11 ini dilihat mampu memberikan pengguna pretasi yang memuaskan namun ianya dilihat tidak mampu melakukan pemprosesan bagi gaming yang mempunyai keperluan tinggi.
GPU yang disertakan pada realme C12 adalah PowerVR GE8320 (680 MHz) yang mempunyai pretasi yang biasa sahaja namun dilihat memadai untuk kegunaan harian.
realme C12 juga disertakan dengan antaramuka reame UI 1.0 yang berasakan Android 10.
Penawaran UI bersama sistem operasi Android yang terkini adalah sesuatu yang harus dipuji kerana terdapat segelintir syarikat yang menawarkan telefon pintar kelas entry-level dengan versi UI dan OS Android yang lama.
Kamera
realme C12 menampilkan tetapan tri-kamera AI iaitu satu sensor utama 13MP yang digandingkan bersama dua sensor 2MP iaitu satu sensor potret B&W dan satu sensor ultra makro.
Walaupun hadir sebagai telefon pintar kelas entry-level, realme C12 hadir lengkap dengan pelbagai fungsi yang biasanya hanya ditawarkan pada telefon pintar yang lebih premium namun ini tidak bermaksud anda boleh mengambil gambar setaraf telefon pintar premium.
Antara ciri yang dimiliki oleh realme C12 adalah fungsi Chroma Boost yang memberikan gambar anda warna yang lebih vibran selain mod malam Nightscape yang memberikan anda mengambil gambar pada waktu malam seperti telefon pintar realme yang lebih premium.
Kamera selfie realme C12 adalah unit 5MP yang menampilkan anda fotografi selfie minima namun lengkap dengan AI Beauty dan Potrait.
Secara keseluruhanya, kamera yang dimiliki realme C12 adalah antara yang terbaik pada segmen harga kelas entry-level yang sangat kompetitif ini.
Bateri
realme C12 merupakan telefon pintar pertama realme untuk hadir dengan bateri berkapasiti 6,000mAh yang boleh dikatakan bateri kapasiti tertinggi pada segmen entry-level ini.
Dengan bateri 6,000mAh, anda kini tidak lagi perlu risau akan kehabisan bateri dan pengunaan secara purata mampu memberikan anda sehingga 48 jam jangka hayat bateri tanpa memerlukan pengecasan.
Selain itu, statistik dari realme Lab mendedahkan dengan realme C12 anda mampu menikmati sehingga 20 jam tontonan video di YouTube, 46 jam waktu panggilan, 60 jam penstriman muzik di Spotify atau 9 jam permainan video popular Mobile Legend Bang Bang.
realme C12 ini juga hadir dengan sokongan pengecasan 10W dan terdapat sokongan pengecasan berbalik ‘reverse charging’ yang boleh digunakan untuk mengecas peranti lain yang membolehkan anda menyaksikan telefon pintar ini kehabisan bateri dengan lebih pantas.
Penutup
Pelancaran realme C12 selepas hanya baru memperkenalkan realme C11 mungkin sedikit mengecewakan pembelie realme C11 kerana telefon pintar realme C12 menawarkan kapasiti bateri yang besar bersama-sama tri-kamera dibelakang.
Walaubagaimanapun menyedari betapa kompetitif pasarana telefon pintar didalam kelas entry-level ini, realme telah memperkenalkan realme C12 untuk mengambil semula gelaran telefon pintar entry-level king.
Walaupun masih ada kekurangan, realme C12 mempunyai potensi untuk menawarkan pengguna satu telefon pintar ‘daily driver’ yang mampu milik khususnya kepada golongan muda.
realme C12 kini ditawarkan di Malaysia dengan harga penjualan RM 529 yang mana ianya berserta realme Buds Classic didalam pakej bundel Long Live Music.
Penjualan secara atas talian di Lazada telah bermula sejak 25 Ogos yang lalu manakala penjualan melalui saluran offline akan bermula pada 31 Ogos ini.