Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

100,000 unit Redmi K30 Ultra habis terjual dalam 60 saat

100,000 unit Redmi K30 Ultra habis terjual dalam 60 saat 1

Redmi K30 Ultra
Awal minggu lalu, Xiaomi  telah memperkenalkan Redmi K30 Ultra yang hadir dengan pemproses MediaTek Dimensity 1000+ dan telefon pintar ini telah mula ditawarkan di China pada 14 Ogos yang lalu.

Didalam masa 60 saat selepas penjualan dibuka, kesemua stok Redmi K30 Ultra yang ditawarkan untuk penjualan iaitu 100,000 unit telah habis terjual.

Ini merupakan satu kejayaan daripada Xiaomi dan pelancaran Redmi K30 Ultra sempena ulang tahun ke-10 syarikat ini ternyata berjaya.

Selain daripada itu, Redmi K30 Ultra juga hadir dengan skrin paparan 120Hz AMOLED berukuran 6.67” dan pengecasan pantas 33W (bateri 4,500mAh).

Selain daripada spesifikasi yang kami telah senaraikan, spesifikasi lain Redmi K30 Ultra adalah sama seperti Redmi K30 Pro.

spesifikasi Redmi K30 Ultra adalah seperti berikut:

  • Skrin FHD+ AMOLED 6.67” – 120Hz
  • MediaTek Dimensity 1000+ (5G)
  • 6/8GB RAM
  • Storan dalaman 128/256/512GB
  • Bateri 4,500mAh (pengecasan pantas 33W)
  • MIUI 12 (Android 10)
  • Pembesar suara stereo
  • Quad-Kamera 64MP + ultrawide 13MP + sensor makro 5MP + sensor depth 2MP
  • Kamera selfie pop-up 20MP.

Berikut adalah harga penjualan Redmi K30 Ultra di China :

Redmi K30 Ultra 6/128GB – CNY 1,999 (RM 1,206)

Redmi K30 Ultra 8/128GB – CNY 2,199 (RM 1,327)

Redmi K30 Ultra 8/256GB – CNY 2,499 (RM 1,508)

Redmi K30 Ultra 8/512GB – CNY 2,699 (RM 1,629)

Sedikit menyedihkan di sini adalah, Xiaomi telah mengesahkan ianya tidak akan membawa Redmi K30 Ultra ke pasaran antarabangsa walaupun dibawah jenama atau nama model yang lain.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.