Teknologi Pengecasan Pantas vivo 120W Super FlashCharge diperkenalkan secara rasmi – caj penuh bateri 4,000mAh dalam 13 minit sahaja
vivo secara rasminya telah mengumumkan teknologi pengecasan pantas 120W Super FlashCharge yang pertama kali akan digunakan pada telefon pintar flaghsip IQOOO tidak lama lagi.
Teknologi pengecasan pantas 120W Super FlashCharge vivo ini berkeupayaan mengecas penuh bateri berkapasiti 4,000mAh didalam masa 13 minit sahaja.
Vivo sebelum ini telah memperlihatkan potensi teknologi pengecasan pantas 120W ini melalui telefon pintar konsep vivo APEX 2020 awal tahun ini yang mana pengecasan penuh 0-100% mengambil masa 13 minit sahaja manakala pengecasan ke tahap 50% boleh selesai didalam masa 5 minit.
Teknologi pengecasan vivo 120W Super FlashCharge yang akan digunakan pada telefon pintar flagsip IQOO ini akan meletakkan teknologi pengecasan ini sebagai yang terpantas dipasaran.
Telefon pintar yang menggunapakai teknologi 120W Super FlashCharge ini juga akan dilengkapi dengn teknologi penyejukan cecair Super VC untuk mengekalkan suhu dalaman peranti pada kadar optimum.