Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Siri Samsung Galaxy Note 20 akan dilancarkan 5 Ogos dan pendaftaran minat kini dibuka

Samsung Galaxy Note 20
Samsung secara rasminya telah mengesahkan bahawa pelancaran generasi baru Galaxy Note iaitu Siri Galaxy Note 20 akan berlangsung pada 5 Ogos 2020.

Majlis Unpacked ini akan menyaksikan Samsung memperkenalkan beberapa model didalam keluarga Galaxy Note20 yang termasuk Galaxy Note20 Ultra.

Selain itu, Samsung Mobile Malaysia juga telah membuka pendaftaran minat bagi Siri Galaxy Note20 ini yang memberikan anda maklumat terkini mengenai telefon pintar ini.

Buat masa ini, tidak banyak maklumat mengenai Siri Galaxy Note20 ini diketahui namun ianya dijangka akan hadir dengan pemproses Snapdragon 865+  bagi pasaran yang terpilih, sensor utama 108MP dan reka bentuk yang lebih kurang sama seperti Galaxy Note10.

Majlis Unpacked Samsung ini dijangka hanya akan berlangsung secara atas talian susulan wabak covid-19 dan ianya boleh ditonton melalui saluran rasmi Samsung Mobile.

Daftar minat di SINI

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.