realme dilaporkan akan memperkenalkan teknologi pengecasan pantas Ultra Dart 100W+ bulan ini
Perlumbaan didalam penawaran teknologi pengecasan pantas nampaknya semakin hangat dengan realme syarikat terbaru yang akan menyertai persaingan sengit ini.
Menurut leakster terkemuka, Nishan Agarwal (Twitter), realme dilaporkan sedang membangunkan teknologi pengecasan pantas yang mampu mencapai output melebihi 100W+.
Teknologi pengecasan pantas terbaru realme ini dijangka akan dikenali sebagai sebagai teknologi pengecasan Ultra Dart yang dilaporkan mampu memenuhi 1/3 kapasiti bateri 4,000mAh didalam masa 3 minit sahaja.
Selain itu, Nishan juga telah menyertakan satu gambar yang memberikan statistik pengecasan pantas Ultra Dart dan berdasarkan carta itu, teknologi ini dilihat menawarkan pengecasan sekitar 120W.
Walaupun tiada sebarang maklumat akan bila telefon pintar realme dengan teknologi ini akan memasuki pasaran, pengumuman rasmi mengenai teknologi ini dijangka akan berlangsung bulan ini.