realme C11 disahkan ke pasaran Malaysia dengan pemproses Helio G35
realme C11 disahkan ke pasaran Malaysia dengan pemproses Helio G35
realme Malaysia secara rasminya telah mengesahkan bahawa ianya akan melancarkan satu lagi model telefon pintar baru ke pasaran tempatan iaitu realme C11.
realme C11 dilihat akan hadir sebagai telefon pintar kelas entry level terbaru iaitu bersama-sama realme C3 namun buat masa ini tidak banyak yang diketahui mengenai telefon pintar ini.
Satu-satunya pengesahan rasmi yang ada ialaha realme C11 akan menjadi telefon pintar pertama didunia untuk hadir dengan pemproses Helio G35 daripada MediaTek.
Selain itu, realme C11 juga kelihatan akan hadir dengan reka bentuk panel seperti Sunrise Design seperti pada realme C3 namun dengan satu jalur yang selari dengan kamera dan jenama realme.
Selain pengesahan pelancaran, realme Malaysia tidak memberikan tarikh pelancaran realme C11 ini namun ianya mungkin berlangsung hujung bulan ini atau awal bulan hadapan.