vivo X50 dengan teknologi pengstabilan kamera gimbal akan dilancarkan 1 Jun ini
vivo X50 dengan teknologi pengstabilan kamera gimbal akan dilancarkan 1 Jun ini
Vivo secara rasminya telah mengesahkan bahawa vivo X50 akan dilancarkan secara rasmi di pasaran China pada 1 Jun ini.
Apa yang menjadikan vivo X50 ini unik adalah ianya membawakan teknologi pengstabilan seperti gimbal yang tidak pernah dilihat pada telefon pintar.
Seperti pada telefon pintar konsep APEX 2020 yang dipamerkan pada penghujung bulan Februari, vivo X50 akan hadir dengan teknologi pengstabilan imej/video yang 200 kali ganda lebih baik berbanding pengstabilan IOS.
vivo X50 akan hadir dengan modul kamera yang menempatkan 4 sensor iaitu satu sensor ‘besar’ dengan teknologi pengstabilan gimbal, dua sensor biasa dan satu sensor periskop dan terdapat tulisan ‘Pro’ pada modul kamera ini.
vivo X50 dijangka akan hadir didalam dua varian iaitu X50 dan X50 Pro.
Selain dipasaran China, vivo X50 dikatakan mungkin memasuki pasaran antarabangsa dan antara pasaran yang akan menerima model ini adalah Malaysia.