Apple mungkin melancarkan 4 model iPhone 12 dengan 5G namun hanya pada November 2020
Apple mungkin melancarkan 4 model iPhone 12 dengan 5G namun hanya pada November 2020
Berdasarkan laporan terbaru dari bank pelaburan Cowen, pelancaran siri Apple iPhone 12 dijangka akan ditunda selama dua bulan ke bulan November berbanding masa pelancaran tradisi pada bulan September.
Laporan sebelum ini menganggarkan kelewatan produksi dan pelancaran sehingga 1 bulan akibat daripada pandemik covid-19.
Walaupun tarikh pelancaran masih belum dapat dipastikan, apa yang pasti adalah kita menyaksikan 4 model iPhone 12 diperkenalkan dan kesemua model ini akan hadir dengan sokongan 5G dan skrin OLED yang memiliki takukan lebih kecil.
Selain itu, panel skrin OLED yang akan dimiliki oleh iPhone 12 adalah 5.4-inci, 6.7-inci dan dua model pada ukuran 6.1-inci dengan reka bentuk seperti Apple iPad Pro.
Dari segi pemproses pula, Semua model didalam siri Apple iPhone 12 akan hadir dengan cip Apple A14 Bionic yang berasaskan proses 5nm.
Dari segi RAM, model kelas entry-level 5.4-inci dan 6.1-inci akan memiliki 4GB RAM manakala model premium 6.1-inci dan 6.7-inci akan memiliki 6GB RAM. Storan dalaman mungkin bermula dari 128GB sehingga 512GB.
Jika pelancaran pada bulan November, kita mungkin menyaksikan pelancaran Apple iPhone 12 di Malaysia sekitar bulan Disember 2020.