Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme X50 Pro Player kini rasmi dengan pelbagai optimasi gaming

realme X50 Pro Player kini rasmi dengan pelbagai optimasi gaming 1

realme X50 Pro Player Malaysia
realme X50 Pro Player kini rasmi dengan pelbagai optimasi gaming

realme secara rasminya telah melancarkan telefon pintar gaming yang dikenali sebagai realme X50 Pro Player.

Secara luaranya, realme X50 Pro Player ini memiliki persamaan seperti realme X50 Pro namun komponen dalaman telah diberikan sedikit perubahan.

realme X50 Pro Player masih hadir dengan skrin paparan 90Hz AMOLED berukuran 6.44”, pemproses Snapdragon 865 dengan sokongan 5G, RAM jenis LPDDR5 dan storan jenis UFS 3.0

realme X50 Pro Player kini hadir dengan HyperBoost 3.0 yang akan mengutamakan pengunaan memori, cipset dan bateri untuk meningkatkan pengalaman gaming.

Selain itu, HyperBoost 3.0 juga menawarkan peralihan dari rangkaian Wi-Fi ke rangkaian 5G (atau sebaliknya) tanpa sebarang lag yang memastikan tiada sebarang ganguan ketika online gaming.

realme X50 Pro Player kini rasmi dengan pelbagai optimasi gaming 2

Bateri realme X50 Pro Player masih kekal pada kapasiti 4,200mAh dan terdapat juga pengecasan pantas 65W yang menawarkan kelajuan dari 0-100% didalam masa 35 minit sahaja.

X50 Pro Player juga memiliki teknologi pengecasan yang lebih baik dimana lapisan grafit antara bateri dan panel belakang memastikan peralihan haba yang baik – memastikan prestasi gaming sentiasa optimum

realme X50 Pro Player ini hadir dengan sensor utama 48MP, sensor ultra wide 8MP, sensor depth 2MP dan sensor makro 2MP manakala kamera selfie adalah 16MP + 2MP.

realme X50 Pro Player akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Light Speed Silver dan Phantom Black.

realme X50 Pro Player kini rasmi dengan pelbagai optimasi gaming 3

Berikut adalah harga penjualan realme X50 Pro Player :

realme X50 Pro Player 6/128GB – CNY 2,699 (RM 1,650)

realme X50 Pro Player 8/128GB – CNY 2,999 (RM 1,833)

realme X50 Pro Player 12/128GB – CNY 3,299 (RM 2,016)

realme X50 Pro Player akan mula memasuki pasaran China pada 1 Jun 2020 namun masih belum ada maklumat pelancaran antarabangsa.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.