ULASAN : Tronsmart Onyx Ace – TWS Kualiti Premium pada harga RM 169
ULASAN : Tronsmart Onyx Ace – TWS Kualiti Premium pada harga RM 169
Pasaran TWS (True Wireless Stereo) sedang memperlihatkan pertumbuhan yang mendadak setiap tahun dan hampir semua pengeluar telefon pintar juga tidak mahu ketinggalan didalam pasaran ini.
Persaingan didalam pasaran ini juga lebih sengit kerana terdapat pelbagai syarikat aksesori juga menawarkan produk audio tanpa wayar mereka dengan harga penjualan yang amat berpatutan.
Tronsmart, syarikat yang tidak asing lagi dipasaran Malaysia sentiasa menawarkan pelbagai produk audio, power bank, palam pengecas dan banyak lagi pada harga yang berpatutan.
Tronsmart kini telah mengumumkan penawaran TWS terbaru mereka iaitu Onyx Ace yang hadir dengan teknologi Qualcomm aptX.
Tronsmart Onyx Ace kini ditawarkan di Malaysia dengan harga penjualan RM 169 didalam dua pilihan warna iaitu putih dan hitam
Apa yang ada didalam kotak?
- Sepasang earbuds
- Bekas pengecasan
- Kable USB-C
- Kad waranti
- Buku manual pengunaan – pelbagai bahasa
Reka Bentuk
Tronsmart Onyx Ace hadir dengan reka bentuk yang mengutamakan keselesaan kepada pengguna iaitu tanpa memberikan sebarang tekanan pada gegendang telinga (ketika pemakaian).
Sekilas pandang, Tronsmart Onyx Ace hadir dengan reka bentuk Apple AirPods namun identiti TWS Tronsmart ini masih ada.
Unit ulasan kami hadir didalam warna putih dengan kemasan yang berkilau dan ianya juga termasuk bagi bekas pengecasan Tronsmart Oynx Ace ini.
Walaupun kemasan didalam warna Putih ini nampak premium, penawaran satu potongan berwarna krom pada bekas pengecasan kelihatan ‘murah’ dan ianya pasti lebih cantik jika semuanya didalam warna putih seperti pada kotak.
Dari segi positif pula, Onyx Ace hadir dengan kalis ais IPX5 yang memberikan TWS ini perlindugan dari peluh, air hujan dan percikan air.
Reka bentuk Onyx Ace yang kompak juga membolehkanya disimpan didalam poket dan mudah dibawa kemana sahaja.
Pada kedua-dua earpods terdapat lampu indikasi manakala dipada kotak pengecasan juga terdapad 4 lampu LED yang memberikan kita maklumat tahap pengecasan yang masih ada.
Berikut adalah indikasi yang menunjukkan bagi pengecasan TWS Onyx Ace :
1 lampu – tahap bateri kurang dari 25%
2 lampu – tahap bateri antara 25-50%
3 lampu – tahap bateri antara 50-75%
4 lampu – tahap bateri antara 75-100%
Selain itu, nyalaan lampu LED paling atas bermaksud earpod sebelah kanan sedang dicaj manakala nyalaan lampu LED paling bawah bermaksud earpod sebelah kiri sedang dicaj ( earpod didalam bekas pengecasan).
Tanpa kotak pengecasan, earpod Tronsmart Onyx Ace mampu menawarkan sehingga 5 jam pengunaan manakala bersama-sama kotak pengecasan anda akan menerima 24 jam pengunaan dan ianya adalah berdasarkan tahap kelantangan 50% sahaja.
Tronsmart Oynx Ace juga hadir dengan operasi audio secara terus pada earpods dan berikut adalah antara fungsi yang boleh diaktifkan pada earpod ini.
Berikut adalah antara kawalan sesentuh untuk peranti audio Tronsmart ini :
- sentuh sekali pada earbud kiri untuk kurangkan kelantangan bunyi atau sentuh sekali untuk meningkatkan kelantangan bunyi (ulang mengikut keperluan).
- Tekan earbud kiri selama 2 saat untuk memainkan trek sebelumnya
- Tekan earbud kanan selama 2 saat untuk memainkan trek seterusnya
- Sentuh 3 kali untuk naikkan kelantangan bunyi (earbud kiri)
- Sentuh 3 kali untuk kurangkan kelantangan bunyi (earbud kanan)
- Sentuh sekali untuk mainkan atau hentikan muzik (salah satu earbud)
- Jika anda panggilan, tekan sekali untuk menjawab panggilan ( salah satu earbud) tekan dua kali untuk menolak panggilan (salah satu earbud)
- Tekan selama 2 kali untuk mengaktifkan bantuan suara Google Assistant bagi peranti Android atau Siri bagi peranti iOS. Cortana bagi peranti Microsoft juga disokong.
Tronsmart Onyx Ace juga hadir dengan Qualcomm aptX yang menawarkan kualiti audio lossless dan mengekalkan bunyi seperti yang asal.
Cip Qualcomm QCC3020 juga memastikan transmisi TWS Tronsmart Onyx Ace dengan telefon pintar anda stabil dan pantas dengan kadar latensi yang rendah.
Dengan reka bentuk half-in ear, anda akan lebih arif tentang keadaan persekitaran seperti aliran trafik dan banyak lagi.
Tronsmart Onyx Ace juga menawarkan anda fungsi pengunaan secara mono (satu earpod) atau stereo (dua earpod) dimana jika anda ingin menggunakan fungsi mono, anda hanya perlu membiarkan satu earpod didalam bekas pengecasan.
Bercakap mengenai pengecasan, Tronsmart Onyx Ace mengambil masa sekitar 1 jam 30 minit untuk pengecasan penuh dan pengecasan ini dilakukan melalui slot USB-C yang terletak pada bahagian bawah bekas pengecasan.
Kualiti Audio
Secara jujurnya kualiti audio yang ditawarkan oleh Tronsmart Onyx Ace adalah sangat baik dan kami secara keseluruhanya amat berpuas hati dengan output muzik.
Bagi panggilan pula, Tronsmart Onyx Ace menawarkan kualiti panggilan yang amat jelas dan suara anda juga dapat didengar dengan jelas hasil pengunaan quad-mikrofon dan teknologi pembatalan bunyi persekitaran (ENC)
Apa yang kurang pada Tronsmart Oynx Ace ini adalah terdapat kemungkinan bahawa reka bentuk half-in ear ini tidak sesuai digunakan oleh pengguna yang mempunyai cuping telinga yang berbeza.
Penutup
Pada harga RM 169, Tronsmart Onyx Ace menawarkan satu pakej earphone TWS yang lengkap dan jauh lebih murah berbanding TWS premium yang lain.
Tronsmart Onyx Ace kini boleh dibeli melalui stor rasmi Tronsmart di Shopee atau Lazada