Vivo menawarkan hadiah bernilai sehingga RM 100,000 melalui cabutan bertuah Terangi Rayamu
Bersempena dengan musim perayaan yang semakin hampir, vivo Malaysia akan mengadakan penjualan raya tahunan mulai 16 Mei sehingga 7 Jun 2020.
Walaupun Hari Raya tahun ini adalah berbeza bagi kebanyakkan rakyat Malaysia, vivo Malaysia mengingatkan pengguna bahawa masih ada harapan untuk kita walaupun cabaran yang besar menanti.
Vivo Malaysia telah mengumumkan kempen penjualan Terangi Rayamu yang membolehkan pengguna menerima hadiah percuma eksklusif dengan pembelian telefon pintar vivo di stor fizikal yang terpilih seperti stor konsep Vivo, wakil penjual dan banyak lagi melalui kaedah cabutan bertuah.
Kempen Terangi Rayamu Vivo ini menawarkan hadiah bernilai sehingga (RM 100,000) seperti :
1. Hadiah Utama – Perodua Bezza
2. Hadiah Pertama – 100% rebat tunai bagi semua telefon pintar vivo
3. Hadiah Ke-2 – 20% rebat tunai bagi semua telefon pintar vivo
4. Hadiah Ke-3 – 10 % rebat tunai bagi semua telefon pintar vivo
5. Hadiah Ke-4 – Wang tunai RM 10
Selain itu, setiap pembelian telefon pintar vivo juga akan menerima hadiah percuma.
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Terangi Rayamu boleh diketahui di Facebook vivo atau Laman web rasmi vivo. Peraduan Giveaway Terangi Rayamu ini juga boleh disertai dengan pembelian di stor wakil penjual rasmi seperti :
1. Senheng / senQ
2. Tri-E
3. Thunder Match
4. Urban Republic
5. MPS Telecommunication Sdn Bhd
6. SNS Network Sdn Bhd
7. Lulu Hypermarket
8. PC Image
9. Epic Centre
10. All IT
11. AEON
12. Harvey Norman
13. Chan Furniture
14. COURTS
15. Onking Chain Store
16. Lionmas
17. Darson Malaysia