Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Watch GT2e kini hadir dengan sokongan bacaan SpO2


Huawei Watch GT2e kini hadir dengan sokongan bacaan SpO2

Kehidupan yang sibuk sudah pastinya memberikan kesan kepada kesihatan mental dan fizikal tanpa kita sedari.

Bagi memastikan keadaan kita didalam keadaan yang sentiasa optimum, kadar saturasi darah dalam oksigen (SpO2) adalah indikasi yang amat penting.

Secara tradisional, anda memerlukan peralatan perubatan tambahan untuk menyemak SpO2 namun dengan kemajuan teknologi, terdapat cara pintar dan mudah untuk menyemak jika kita mempunyai kadar SpO2 yang normal.

Jam pintar Huawei Watch GT 2e yang dilancarkan baru-baru ini kini telah mula menerima kemaskini OTA yang membawakan fungsi pembacaan kadar SpO2.

Huawei Watch GT2e yang hadir dengan harga penjualan RM 599 dan pembelian boleh dibuat di Huawei Online Store.

Huawei Watch GT2e hadir didalam dua pilihan warna iaitu Graphite Black and Mint Green.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.