Apple iPhone SE (2020) kini di Malaysia dengan harga dari RM 1,999
Apple iPhone SE (2020) kini telah ditawarkan secara rasmi di Malaysia dengan harga penjualan dari RM 1,999 dengan reputasi sebagai iPhone ‘termurah’ di Malaysia.
Walaupun hadir dengan nama iPhone SE, telefon pintar terbaru Apple ini adalah hampir 100% berdasarkan Apple iPhone 8 dengan perbezaan hanya dari segi pengunaan cipset dan kamera.
Apple iPhone SE (2020) hadir dengan skrin paparan Retina HD berukuran 4.7-inci (seperti iPhone 8) dengan sokongan True Tone, Dolby Vision dan HDR10.
Bezel besar pada iPhone 8 masih dikekalkan pada iPhone SE (2020) ini dan begitu juga sensor capjari TouchID.
Walaubagaimanapun dari segi cipset, Apple bermurah hati untuk menawarkan cip Apple A13 Bionic yang sama seperti pada Apple iPhone 11, iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max.
Apple iPhone SE (2020) hadir dengan satu sensor kamera 12MP dibelakang yang hadir dengan fotografi Smart HDR dan teknologi monocular depth sensing” khas untuk mod penggambaran potret (hanya untuk manusia).
Apple iPhone SE (2020) juga hadir dengan pengstabilan video “Cinematic” yang juga mampu merakam video 4K pada kadar 60fps dengan stereo audio.
Kamera selfie Apple iPhone SE ini adalah 7MP dan terdapat beberapa kesan potret yang disertakan.
Apple iPhone SE hadir dengan sokongan pengecasan pantas 18W namun hanya palam pengecas 5W disertakan didalam kotak.
Lain-lain spesfikasi Apple iPhone SE adalah Wi-Fi 6, LTE-A, dwi-SIM (satu eSIM), pengecasan tanpa wayar dan pensijilan kalis air dan habuk IP67
Apple iPhone SE akan memasuki pasaran Malaysi didalam masa terdekat dan Apple telah mengumumkan harga penjualan iPhone SE (2020) ini di Malaysia.
iPhone SE (2020) hadir didalam tiga warna iaitu merah, hitam dan putih.
iPhone SE 64GB – RM 1,999
iPhone SE 128GB – RM 2,199
iPhone SE 256GB – RM 2,699
Pembelian iPhone SE (2020) kini boleh dilakukan di stor rasmi Apple dan wakil penjual sah rasmi produk Apple di Malaysia.