Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Redmi Note 9 dan Redmi Note 9 Pro akan dilancarkan di Malaysia hari ini

Redmi Note 9 dan Redmi Note 9 Pro Malaysia

Redmi Note 9 dan Redmi Note 9 Pro Malaysia
Selepas memperkenalkan Redmi Note 9S ke pasaran Malaysia beberapa minggu lalu, Xiaomi kini telah mengesahkan bahawa Redmi Note 9 dan Redmi Note 9 Pro pula akan memasuki pasaran global dan Malaysia pada 30 April ini (hari ini).

Redmi Note 9 dan Redmi Note 9 Pro mungkin merupakan Redmi Note 9 Pro dan Redmi Note 9 Pro Max yang dilancarkan ke pasaran India sebelum ini.

Xiaomi Redmi Note 9 dan Redmi Note 9 Pro hadir dengan skrin paparan FHD 6.67-inci dengan reka bentuk punch-hole pada bahagian tengah, pemproses Snapdragon 720GB (8nm),  sensor capjari pada bahagian sisi dan rangka kalis percikan air.

Selain itu, Redmi Note 9 dan Redmi Note 9 Pro juga hadir dengan bateri berkapasiti 5,020mAh namun pengecasan pantas yang ditawarkan pada Redmi Note 9 adalah 18W manakala Redmi Note 9 Pro disertakan dengan pengecasan pantas 33W.

Redmi Note 9 hadir dengan tetapan sensor utama 48MP, sensor ultrawide 8MP, sensor makro 5MP dan sensor depth 2MP. Kamera selfie adalah 16MP.

Redmi Note 9 Pro pula hadir dengan sensor utama 64MP, sensor ultrawide 8MP, sensor makro 5MP dan sensor depth 2MP manakala kamera selfie adalah 32MP.

Bercakap mengenai kapasiti RAM dan storan dalaman, Redmi Note 9 dijangka akan hadir dengan dua konfigurasi iaitu 4/64GB dan 6/128GB manakala Redmi Note 9 Pro pula hadir akan dengan tiga konfigurasi iaitu 6/64GB, 6/128GB dan 6/128GB.

Redmi Note 9 dan Redmi Note 9 Pro hadir didalam tiga pilihan warna iaitu Aurora Blue, Glacier White dan Interstellar Black.

Pastikan anda menonton majlis pelancaran Redmi Note 9 dan Redmi Note 9 Pro yang akan disiar secara langsung di Facebook Xiaomi Malaysia jam 8 malam ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.