realme 6 8GB RAM – Telefon Pintar Gaming Harga Berbaloi Dengan Helio G90T & Skrin Ultra Smooth 90Hz
realme 6 8GB RAM – Telefon Pintar Gaming Harga Berbaloi Dengan Helio G90T & Skrin Ultra Smooth 90Hz
realme 6 merupakan telefon pintar kelas pertengahan yang menawarkan pengguna satu pakej telefon pintar yang serba lengkap kepada pengguna di Malaysia.
Pelancaran realme 6 versi 4/64GB di Malaysia telah mendapat sambutan yang baik khususnya kerana harga penjualannya yang amat kompetitif iaitu pada harga RM999 sahaja.
Walau bagaimanapun realme mahu menawarkan sesuatu yang lebih kepada pengguna di Malaysia selaras dengan slogan ‘Dare To Leap’ syarikat ini.
realme Malaysia telah mengesahkan bahawa realme 6 versi 8GB RAM dan 128GB storan dalaman akan dilancarkan dalam pasaran tempatan pada 28 April 2020 in.
Berikut adalah kelebihan yang dimiliki oleh realme 6 yang bakal dilancarkan:
realme 6 versi 8GB RAM – Gandingan terbaik untuk MediaTek Helio G90T
Sebagai telefon pintar pertama dalam pasaran untuk memiliki cip pemproses gaming Helio G90T, adalah satu kemestian untuk realme 6 memiliki kapasiti RAM yang besar untuk menikmati sepenuhnya kuasa pemprosesan Helio G90T ini.
Selepas melancarkan realme 6 versi 4GB RAM, realme 6 yang baru ini akan hadir dengan dua kali ganda kapasiti RAM iaitu 8GB dan ini menjanjikan prestasi pengunaan telefon pintar yang sentiasa ‘top-notch’ tanpa sebarang isu lagging.
Dengan 8GB RAM, pembukaan sesuatu aplikasi pada realme 6 juga akan lebih pantas walaupun beberapa aplikasi masih dibuka pada latar belakang dan ‘multitasking’ kini menjadi semakin lancar.
MediaTek Helio G90T
Cip pemproses MediaTek Helio G90T yang digunakan pada realme 6 telah dibangunkan untuk menjadi tunjang kepada pengalaman gaming yang terbaik pada telefon pintar.
Diperbuat menggunakan cip 12mm menjadikanya sangat berkuasa dalam masa yang sama juga efisen. Ianya hadir dengan dua teras berprestasi tinggi Cortex-A76 berkelajuan sehingga 2.05GHz dan 6 teras Cortex-A55 yang efisen dengan kelajuan sehingga 2GHz. Cip pemproses ini juga disertakan dengan unit pemprosesan grafik (GPU) Mali-G76GPU 800MHz.
Dengan kombinasi CPU, GPU yang terkini, RAM pantas dan AI yang berkuasa tinggi, realme 6 baru ini menawarkan pengalaman paling lancar kepada pencinta gaming pada peranti mudah alih.
realme 6 – Telefon pintar dengan skrin paparan 90Hz
realme 6 hadir dengan skrin paparan Ultra Smooth Display 90Hz dengan kadar pensampelan 120Hz.
Skrin ini mampu menghasilkan 90 bingkai sesaat yang menjadikan kadar segar semula skrin paparan 90Hz ini adalah 50% tinggi berbanding berbanding skrin paparan 60Hz.
Hasilnya, pengguna dapat menikmati animasi dan visual yang lancar dan sempurna.
Skrin realme 6 ini mempunyai resolusi FHD+ 2400x1080P dengan nisbah skrin kepada badan 90.5% dan tahap kecerahan maksima 450nits.
Satu lagi kelebihan realme 6 dengan skrin paparan 90Hz dan 8GB RAM adalah pengalaman gaming yang memerlukan sumber grafik dan kadar segar semula skrin yang tinggi.
Helio G90T dan 8GB RAM sentiasa mampu untuk memenuhi keperluan gaming pengguna dengan mengekalkan kadar fps ketika gaming secara konsisten.
Hyper Boost
Hyper Boost yang disertakan pada realme 6 menawarkan dua fungsi iaitu :
Frame Boost – melepaskan kadar segar semula maksima yang amat diperlukan ketika permainan video intensiti tinggi.
Touch Boost – memastikan skrin sentiasa bersedia untuk senario gaming berkelajuan tinggi.
Kesemua ciri ini menjadikan realme 6 versi 8GB RAM sebagai telefon pintar terbaik gaming yang juga sesuai untuk digunakan pada pertandingan eSukan seperti PUBG.
Dengan pakej serba lengkap, pasti ramai yang tidak sabar menantikan pelancaran realme 6 versi 8GB RAM yang akan berlangsung pada 28 April (Jam 10 Pagi) dan anda boleh menonton pelancarannya secara strim langsung di Facebook realme Malaysia.
Nantikan juga acara e-sports pertama anjuran realme iaitu ‘realme 6 Tournament’ pada 28 hingga 30 April 2020, maklumat lanjut boleh ke laman rasmi Facebooknya.
Kekal sihat di rumah dan #stayREALathome bersama-sama produk realme!