Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

PKP : Permohonan balik dari kampung kini boleh dibuat melalui aplikasi Gerak Malaysia

PKP : Permohonan balik dari kampung kini boleh dibuat melalui aplikasi Gerak Malaysia 1

PKP : Permohonan balik dari kampung kini boleh dibuat melalui aplikasi Gerak Malaysia 2
Seperti yang diumumkan Perdana Menteri, permohonan pergerakan antara negeri yang membolehkan individu yang terkandas di Kampung ke Kediaman di bandar kini telah dibuka dan ianya boleh dibuat melalui aplikasi Gerak Malaysia.

Antara garis panduan yang diberikan adalah, individu yang berhasrat untuk melakukan perjalanan rentas negeri ini adalah permohonan perlu dibuat pada 26 April dan pengesahan destinasi dibuat pada 29 April 2020.

Selepas itu, pada 1 Mei, status permohonan yang dibuat sudah boleh disemak dengan tempoh pergerakan adalah dari 1 hingga 3 Mei 2020.

PKP : Permohonan balik dari kampung kini boleh dibuat melalui aplikasi Gerak Malaysia 3
Info : Bernama

Selain itu, pengguna yang bakal melakukan perjalanan merentas negeri juga diingatkan bahawa :

  • Tiada kemudahan R&R di Lebuhraya Plus
  • Surau ditutup
  • Tiada solat jemaah dibenarkan dimana-mana sahaja
  • Tempat parkir masih dibuka untuk tujuan berehat namun tidak dibenarkan keluar dari kenderaan kecuali untuk ke tandas
  • Operasi stesen minyak dari 6 pagi – 12 malam
  • Aktiviti berkumpulan dilarang dalam tempoh kebenaran pergerakan

Jadual perjalanan yang telah dirancang adalah seperti berikut :

Tarikh

Dari

1 Mei 2020

Perak, Johor, Kelantan

2 Mei 2020

Perli, Kedah, Pulau Pinang, Melaka, Pahang

3 Mei

Kuala Lumpur, Selangor, N.Sembilan, Terengganu

Muat turun aplikasi Gerak Malaysia :

Apple AppStore 

Google Play Store 

Huawei AppGallery 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.