realme 6 versi 8GB RAM akan dilancarkan di Malaysia pada 28 April ini
realme Malaysia secara rasminya telah mengesahkan bahawa realme 6 versi 8/128GB akan dilancarkan di Malaysia pada 28 April ini.
realme 6 dengan dua kali ganda kapasiti RAM ini akan memasuki pasaran Malaysia selepas versi 4/128GB ditawarkan sebelum ini.
Selain daripada kapasiti RAM, realme 6 ini akan memiliki spesifikasi yang sama seperti realme 6 versi 4/128GB.
realme 6 hadir dengan skrin paparan LCD FHD+ berukuran 6.5-inci dengan kadar segar semula 90Hz dan turut dilapisi gelas keselamatan Corning Gorilla Glass 3. Panel skrin ini adalah jenis punch-hole yang menempatkan kamera selfie 16MP f/2.0.
realme 6 juga menjadi telefon pintar pertama realme untuk hadir dengan pemproses MediaTek Helio G90T yang dikhaskan untuk gaming dengan GPU Mali G-76 MC4
realme 6 hadir dengan tetapan quad-kamera dibelakang iaitu satu sensor 64MP Samsung ISOCELL Bright GW1, sensor ultra-lebar 8Mp f/2.3, sensor makro 2MP dan sensor B&W 2MP khas untuk potret.
Beralih kepada storan dalaman, realme 6 hadir dengan memori jenis UFS 2.1 iaitu 128GB dan terdapat juga slot microSD. Bateri pada realme 6 adalah 4,300mAh dengan pengecasan pantas 30W.
realme 6 juga disertakan dengan realme UI yang berasaskan Android 10, sensor capjari pada bahagian sisi.
Pastikan anda menonton majlis pelancaran realme 6 8/128GB pada jam 10 pagi (28 April) di laman Facebook realme Malaysia – mana tahu ada promosi penjualan pertama.
lebih 1,000 unit realme 6i habis dijual kurang dalam masa 24 Jam