Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Foxconn sahkan pelancaran Apple iPhone 5G akan berlangsung pada bulan September 2020

Foxconn sahkan pelancaran Apple iPhone 5G akan berlangsung pada bulan September 2020 1

Foxconn sahkan pelancaran Apple iPhone 5G akan berlangsung pada bulan September 2020 2
Pengilang utama Apple iPhone iaitu Foxconn secara rasminya telah mengesahkan bahawa pengeluaran iPhone dengan sokongan 5G akan bermula seperti yang dirancang dengan pelancaran pada bulan September.

Kilang Foxconn di China telah ditutup hampir sebulan kerana penularan pandemik Covid-19 namun kini sudah memulakan operasi seperti biasa namun terdapat keraguan samada penutupan ini telah menyebabkan kelewatan bagi generasi iPhone yang baru.

Foxconn sahkan pelancaran Apple iPhone 5G akan berlangsung pada bulan September 2020 3

Alex Yang, pegawai perhubungan pelabur berkata Foxconn sedang berkerjasama dengan jurutera Apple untuk memastikan pelancaran berlangsung tepat seperti yang dirancang namun dengan syarat tiada sebarang kelewatan berlaku didalam masa terdekat.

Kebiasaanya, proses produksi percubaan akan bermula sekitar bulan Jun bagi memastikan kelancaran pengeluaran sebelum pengilangan komersial bermula sekitar bulan Ogos.

Dengan kemasukan Apple kedalam arena pasaran 5G sudah lewat, Apple tidak boleh menunda pelancaran telefon pintar pertama 5G mereka.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.