Xiaomi Redmi Note 9S kini rasmi di Malaysia dengan harga dari RM 799 sahaja
Seperti yang diumumkan sebelum ini, Xiaomi secara rasminya telah melancarkan Redmi Note 9S ke pasaran Malaysia dan pasaran global secara umumnya.
Selepas pelancaran Redmi Note 9 Pro dan Redmi Note 9 Pro Max baru-baru ini, Redmi Note 9S hadir sebagai model ketiga didalam siri Redmi Note 9 ini.
Redmi Note 9S adalah versi global bagi Redmi Note 9 Pro yang dilancarkan di pasaran India baru-baru ini.
Xiaomi Redmi Note 9S hadir dengan skrin paparan FHD 6.67-inci dengan reka bentuk tiny-dot drop di bahagian tengah, pemproses Snapdragon 720GB (8nm), sensor capjari pada bahagian sisi dan rangka kalis percikan air.
Selain itu, Redmi Note 9S juga memiliki bateri berkapasiti 5,020mAh dengan pengecasan pantas 18W.
Redmi Note 9S turut hadir dengan tetapan sensor utama 48MP, sensor ultrawide 8MP, sensor makro 5MP dan sensor depth 2MP. Kamera selfie adalah 16MP.
Redmi Note 9S akan hadir didalam tiga pilihan warna iaitu Aurora Blue, Glacier White dan Interstellar Black.
Redmi Note 9S akan hadir dengan dua konfigurasi iaitu 4/64GB dan 6/128GB pada harga penjualan RM 799 dan RM 899 sahaja.
Redmi Note 9S versi 4/64GB akan ditawarkan secara eksklusif di Lazada dan Shopee manakala versi 6/128GB boleh dibeli melalui semua saluran pembelian termasuk di Stor Mi seluruh Malaysia mulai 1 April 2020 ( pra-jualan akan bermula 1 April, penjualan rasmi pula akan bermula pada 7 April 2020).
Lebih menarik, Xiaomi Malaysia juga telah mengumumkan bahawa sempena Lazada Birthday Sale pada 27 Mac ini, Redmi Note 9S akan ditawarkan pada penjualan kilat dengan harga penjualan RM 699 sahaja.
Penjualan kilat pertama adalah pada jam 12-2 pagi 27 Mac ini di Lazada sahaja.
Beli Redmi Note 9S di Lazada