Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Covid-19 : perintah kawalan pergerakan bermula – 5 langkah yang patut lakukan

Covid-19 : perintah kawalan pergerakan bermula - 5 langkah yang patut lakukan 1

Covid-19 : perintah kawalan pergerakan bermula – 5 langkah yang patut lakukan

Covid-19 : perintah kawalan pergerakan bermula - 5 langkah yang patut lakukan 2

Mulai hari ini iaitu 18/03/2020 sehingga 31/03/2020, Malaysia telah diletakkan didalam perintah kawalan pergerakan dengan misi untuk mengawal penularan wabak Covid-19 yang kini berada didalam fasa pembendungan terakhir.

Perintah kawalan pergerakan selama 14 hari adalah satu tempoh yang patut diambil serius oleh rakyat Malaysia dan berikut adalah langkah-langkah yang patut atau tidak patut anda lakukan.

Covid-19 : perintah kawalan pergerakan bermula - 5 langkah yang patut lakukan 3

  1. Jangan Pulang ke ‘Kampung’

Perintah kawalan pergerakan ini bukanlah cuti raya awal yang membolehkan anda pulang ke kampung halaman, dengan potensi penularan wabak Covid-19 ini, anda sepatutnya kekal dimana anda berada sehingga tempoh ini berakhir kerana tujuan asal perintah ini adalah untuk membendung penularan wabak ini dengan drastik.

Dengan pulang ke kampung, anda berpotensi membawa wabak ini ke tempat pendalaman atau lebih jelas kepada golongan warga tua yang mempunyai risiko lebih tinggi untuk dijangkiti Covid-19.

Covid-19 : perintah kawalan pergerakan bermula - 5 langkah yang patut lakukan 4

2. Kenali simptom Covid-19

Tiga gejala Covid-19 adalah demam, batuk dan sesak nafas.

Apabila anda mempunyai gejala seperti di atas hubungi CPRC Kebangsaan, Negeri, Klinik Maya untuk maklumat lanjut.

Covid-19 : perintah kawalan pergerakan bermula - 5 langkah yang patut lakukan 5

3. social distancing (jarak sosial)

Ketika melakukan social distancing di rumah, anda diminta untuk:

  • Kerap membasuh tangan dengan sabun dan air.
  • Lakukan disinfeksi ke atas permukaan yang selalu disentuh sekerap mungkin.
  • Pastikan tingkap rumah dibuka bagi membolehkan berlakunya ventilasi udara
  • Amalkan etika batuk dan bersin yang betul

Covid-19 : perintah kawalan pergerakan bermula - 5 langkah yang patut lakukan 6

4. Hentikan Panic Buying

Pembelian barangan keperluan melebihi keperluan (panic buying) adalah sesuatu yang tidak wajar dilakukan kerana tiada sebarang sebab untuk anda lakukan pembelian terburu-buru yang memberikan satu lagi situasi penularan wabak Covid-19.

Berikut adalah sebab kenapa anda perlu hentikan panic buying

  • Bekalan barang kawalan makanan asas mencukupi
  • Anda masih boleh keluar membeli barangan keperluan dalam tempoh perintah kawalan berkurung
  • Bekalan mencukupi – jika tiada pembelian panik
  • Mewujudkan manipulasi harga & bekalan dalam pasaran
  • Merugikan – barangan mempunyai tempoh tamat

Covid-19 : perintah kawalan pergerakan bermula - 5 langkah yang patut lakukan 7

5.  Henti sebarkan maklumat palsu

Penularan berita palsu di laman sosial dan WhatsApp dilihat lebih teruk daripada penularan wabak Covid-19.

Ini amat menyedihkan kerana ada pihak yang tidak bertanggungjawab yang menyebarkan berita palsu dan tanpa usul periksa kebenaran, kita turut melakukan perkara yang sama.

Perkara seperti ini sepatutnya harus dielakkan kerana ini akan menimbulkan situasi panik yang mungkin membawa pelbagai kesan buruk kepada rakyat.

Kami di mobilefokus ingin mengambil kesempatan ini untuk menasihatkan anda supaya sentiasa kekal didalam rumah bersama keluarga.

Covid-19 : perintah kawalan pergerakan bermula - 5 langkah yang patut lakukan 8
Kredit : Hadiyz

pada waktu menguji ini kita harus bersatu sebagai rakyat yang prihatin akan kesihatan dan kesejahteraan negara bagi membendung wabak Covid-19.

Kesempatan ini juga diambil untuk mengucapkan terima kasih kepada barisan pekerja sektor kesihatan yang bertuga siang dan malam tanpa rasa lelah dan telah melakukan yang terbaik untuk menyelamatkan nyawa setiap pesakit dan menyebarkan maklumat-maklumat penting kepada rakyat supaya virus pembunuh itu tidak terus menular.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia – Portal Myhealth

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.