Oppo Find X2 dan Find X2 Pro kini rasmi dengan teknologi kamera terbaik di pasaran
Oppo secara rasminya telah melancarkan telefon pintar terbaru mereka iaitu Oppo Find X2 dan Oppo Find X2 Pro yang menawarkan pemproses Snapdragon 865, skrin paparan 120Hz, sokongan 5G dan teknologi pengecasan pantas terbaik.
Find X2 dan Find X2 Pro tampil dengan skrin paparan yang sama iaiti panel AMOLED QHD+ 10bit berukuran 6.7-inci dengan kadar segar semula 120Hz dan 100% warna DCI-P3.
Selain itu, kedua-dua model siri Find X2 ini juga hadir dengan pemproses Snapdragon 865, 12GB LPDDR5 RAM manakala storan dalaman UFS 3.0 berkapasiti 256GB bagi Find X2 dan 512GB bagi Find X2 Pro (tiada slot microSD).
Beralih kepada kamera yang dimiliki Oppo Find X2, ianya hadir dengan tetapan tri-kamera dibelakang iaitu sensor utama Sony IMX586 48MP yang baru dengan aperture f/1.7 dan ianya turut disertakan dengn teknologi pemfokusan Song 2×2 OCL.
Sensor kedua yang dimiliki oleh Find X2 ini adalah sensor ultrawide 12MP Sony IMX708 dengan aperture f/2.2 dan menggunakan lensa 6P. Sensor ini juga menyokong pengstabilan video Ultra Steady Video Pro
Menutup bahagian kamera ini adalah dengan sensor telefoto 13MP yang menawarkan 5x zoom hibrid dan kesemua sensor juga menyokong Ultra Night Mode.
Find X2 juga hadir dengan kamera selfie 32MP Sony IMX616 quad-Bayer yang memiliki aperture f/2.4.
Oppo Find X2 juga memiliki bateri 4,200mAh dengan teknologi pengecasan pantas 65W Super VOOC 2.0, Bluetooth 5.1, kesemua jalur Wi-Fi dan ColorOS 7.1 yang berasaskan Android 10.
Oppo Find X2 akan hadir didalam dua pilihan warna iaitu Ocean Glass dan Black Ceramic dengan harga €999 atau sekitar RM 4,650
Oppo Find X2 Pro pula adalah telefon pintar flagship yang menampilkan teknologi kamera yang lebih baik namun masih mempunyai banyak persamaan dengan Find X2.
Terus kepada kamera, Oppo Find X2 Pro hadir dengan sensor utama 48MP yang sama seperti pada versi bukan Pro namun sensor ultrawide pada model ini juga merupakan sensor Sony IMX586 48MP dengan aperture f/2.2
Ini menjadikan Oppo Find X2 Pro sebagai telefon pintar dengan sensor ultrawide terbesar dan sensor ini turut menawarkan pemfokusan auto dan mod makro dari jarak 3cm sahaja.
Sensor telefoto 13MP Oppo Find X2 Pro adalah lensa periskop yang menawarkan 5x zoom, 10x zoom hibrid dan 60x digital zoom.
Kamera selfie Oppo Find X2 Pro adalah sama seperti pada Find X2 iaitu 32MP dengan aperture f/2.4.
Bateri pada Oppo Find X2 Pro adalah lebih besar walaupun pengunaan ruang yang banyak bagi menempatkan kamera periskop, Find X2 Pro disertakan dengan bateri berkapasiti 4,260mAh yang turut menyokong pengecasan 65W Oppo SuperVOOC 2.0.
Oppo Find X2 Pro juga merupakan model yang mempunyai pensijilan kalis air dan habuk IP68 selain X-axis motor untuk tindak balas haptik.
Oppo Find X2 Pro akan hadir didalam kemasan eksklusif iaitu kulit Vegan berwarna oten dan hitam seramik.
Oppo Find X2 Pro akan hadir dengan harga penjualan €1,190 atau sekitar RM 5,615.
Siri Oppo Find X2 akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 10 Mac ini iaitu didalam masa 4 hari sahaja lagi.